Terma dan Syarat-syarat Peraduan English | Malay
 

Tempoh Peraduan

1. Ganjaran 45 Hari SAMSUNG akan bermula 17 Mac, 2012 hingga 30 April, 2012 (“Tempoh Peraduan”). Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan.
   
 
Kelayakan
1. Peraduan terbuka kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar Celcom, Digi dan/atau Maxis yang menetap di Malaysia, berumur 18 tahun ke atas (pada 17 Mac, 2012), kecuali kakitangan pihak Penganjur, syarikat-syarikat sekutunya, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi jualan serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
   
 
Cara-Cara Penyertaan
1. Beli sebarang produk SAMSUNG di dalam satu resit dari mana-mana pengedar sah SAMSUNG sepanjang Tempoh Peraduan dan simpan resit pembelian asal dan kad jaminan (jika ada) sebagai bukti pembelian.
   
2. Mohon agar penjual telefon bimbit anda mendaftarkan e-Warranty ke atas produk yang dibeli.
   
3. Hantar SMS seperti yang tertera:
 
a. Taip(SAMSUNG)<jarak>(No. KP/No. pasport)<jarak>(jumlah resit pembelian RM00.00)<jarak>(tarikh pembelian HHBBTT)<jarak>(No. IMEI)<jarak>(Nama) dan hantar ke 32632.
Sebagai contoh: SAMSUNG 850505012345 RM499.00 280312 123456789012345 Alan Lee
   
b. Simpan resit pembelian asal dengan padanan tarikh pembelian dan jumlah resit pembelian sebagai bukti pembelian.
   
4. Hantarkan seberapa banyak penyertaan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti yang diinginkan
 
a. Setiap satu pembelian produk SAMSUNG hanya layak untuk satu penyertaan SMS sahaja.
   
b. Peserta dibenarkan untuk menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.
   
c. Peraduan bermula 12.00 tengah malam dan berakhir 11.59 malam, setiap hari.
   
d. Peserta akan dikenakan bayaran 30 sen bagi setiap SMS yang diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta.
   
 
Hadiah-Hadiah yang Ditawarkan:
1. Peraduan ini mempunyai dua peringkat:
 
a. Hadiah Harian:
 
i. Sebanyak 45 Hadiah Harian untuk dimenangi.
   
ii. Kesemua penyertaan yang diterima akan dibahagikan dengan 2 untuk memperolehi nombor bersiri untuk menentukan pemenang hadiah. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat paling rendah yang diperolehi selepas pembahagian dibuat. Sebagai contoh, sekiranya jumlah penyertaan yang diterima ialah 1,001, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 2 untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan iaitu 500 (dibundarkan kepada nombor bulat yang lebih rendah). Maka penyertaan ke-500 akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Harian.
   
b. Hadiah Utama:
 
i. Sebanyak 5 Hadiah Utama untuk dimenangi.
   
ii. Kesemua penyertaan yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan dengan 5.5 bagi memperolehi nombor bersiri kemenangan untuk Hadiah Utama. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat paling rendah yang diperolehi selepas pembahagian dibuat. Sebagai contoh, sekiranya jumlah penyertaan yang diterima ialah 20,905, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 5.5 untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan iaitu 3,800. Maka penyertaan ke 3,800, penyertaan ke 7,600 dan sebagainya yang layak akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama.
   
c. Pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya percubaan pertama untuk memanggil pemenang gagal, iaitu tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau tiada sambungan dan sebagainya, tiga (3) lagi percubaan panggilan telefon akan dibuat dalam tempoh 24 jam. Jika percubaan selanjutnya gagal, pihak Penganjur berhak untuk memilih peserta layak yang seterusnya di mana peserta ke-3,800 yang layak tidak dapat dihubungi, peserta ke-3,799 yang layak pula akan dihubungi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang layak tidak dapat dihubungi atas sebarang alasan. Pemenang yang layak dikehendaki untuk menjawab satu soalan mudah dengan betul dan mengemukakan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebagai bukti pembelian untuk menang.
   
2. Hadiah Utama tidak termasuk insurans kereta, pendaftaran serta cukai jalan dan kos tersebut akan dibayar oleh pemenang. Pihak Penganjur juga berhak untuk menukar warna kereta kepada warna lain.
   
3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
   
4. Sekiranya pihak Penganjur mangadakan majlis penyampaian hadiah di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur, pemenang Hadiah Harian dan Pemenang Hadiah Utama dikehendaki hadir atas perbelanjaan sendiri untuk menuntut hadiah mereka. Sekiranya pemenang tidak dapat hadir, pemenang mesti melantik seorang wakil untuk menerima hadiah bagi pihak mereka. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan pelucutan hak ke atas hadiah tersebut.
   
5. Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah lain yang sama nilainya tanpa notis pemberitahuan. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
   
 
Liabiliti dan Tanggungjawab
1. Pemenang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kemalangan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada penyertaan peraduan ini dan/atau penggunaan dan/atau semasa penebusan hadiah mereka.
   
2. Semua kos perjalanan, penginapan, kos peribadi dan/atau lain-lain kos, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang timbul untuk menebus hadiah merupakan tanggungjawab tunggal pemenang.
   
 
Hak-Hak Penganjur
1. Serentak dengan penerimaan hadiah, para peserta turut memberi kebenaran kepada pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.
   
2. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam peraduan SMS ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, ketidaksampaian dan/atau gangguan SMS yang dihantar, dan syarikat-syarikat ini juga tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penyalahgunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan sepanjang peraduan ini.
   
3. Pihak Penganjur berhak memilih pemenang yang lain sekiranya Penganjur mendapati pemenang terdahulunya melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
   
 
Syarat-syarat penyertaan
1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan dan juga keputusan yang ditetapkan oleh pihak Penganjur.
   
2. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
   
3. Pihak Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat-syarat penyertaan tanpa memberi sebarang notis.
   
4. Terma dan Syarat-syarat peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.