Privacy Notice

English | Bahasa Malaysia


Notis Privasi Samsung Rewards
Kemaskini Terakhir: 18 Februari 2021


Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. ("Samsung"), bersama-sama dengan sekutu dan subsidiari kami, menghormati kebimbangan anda mengenai privasi. Notis Privasi Samsung Rewards ini terpakai kepada maklumat peribadi yang kami kumpul melalui perkhidmatan Samsung Rewards ("Samsung Rewards"). Ia tidak terpakai kepada maklumat yang dikumpul oleh aplikasi, tapak web atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh Samsung.


Notis Privasi ini memberikan maklumat tentang bagaimana Samsung mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda berkaitan dengan Samsung Rewards. Dasar Privasi kami di http://www.samsung.com/my/info/privacy ("Dasar Privasi Samsung") juga akan diguna pakai untuk kegunaan Samsung Rewards oleh anda, dan harus dibaca bersama dengan Notis Privasi ini. Dasar Privasi Samsung memberikan maklumat tambahan mengenai amalan maklumat peribadi kami, termasuk cara menghubungi kami. Sekiranya mana-mana bahagian Notis Privasi ini bertentangan dengan Dasar Privasi Samsung, peruntukan Notis Privasi ini akan diguna pakai.



APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN ?

Melalui Samsung Rewards, kami mengumpul maklumat peribadi anda dengan pelbagai cara.



Maklumat yang Anda Berikan Secara Langsung

Samsung Rewards mengumpul maklumat daripada anda secara langsung. Sebagai contoh:

• Apabila anda mencipta satu akaun atau profil dengan kami, kami mungkin akan meminta maklumat seperti profil Akaun Samsung dan ID, nombor telefon, dan tarikh lahir anda.

• Sekiranya anda menebus sebarang hadiah seperti kupon fizikal, baucar fizikal atau barangan fizikal yang memerlukan penghantaran, kami akan mengumpulkan maklumat penghantaran anda seperti nama penghantaran, alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.

• Apabila anda menebus sebarang kupon atau kad hadiah, kami akan mengumpul nombor kupon dan kad hadiah yang anda masukkan untuk menebus ganjaran atau diskaun.



Maklumat Tentang Penggunaan Samsung Rewards Anda

Selain maklumat yang anda berikan, kami akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Samsung Rewards anda melalui perisian pada produk anda dan dengan cara lain. Kami akan mengumpulkan:

• Maklumat produk: Model perkakasan anda, maklumat perkakasan produk, nombor IMEI dan pengecam produk unik lain, nombor telefon, nombor siri versi aplikasi, kod jualan, maklumat perisian semasa, MCC (Kod Negara Mudah Alih), MNC (Kod Rangkaian Mudah Alih), maklumat langganan, versi sistem operasi dan aturan produk yang anda gunakan untuk mengakses Samsung Rewards.

• Maklumat log: Maklumat diagnostik, teknikal, ralat dan penggunaan seperti masa dan tempoh penggunaan anda bagi Samsung Rewards dan apa-apa maklumat yang disimpan dalam kuki yang telah kami tetapkan pada produk anda. Log pelayan seperti sejarah panggilan API, ralat.

• Maklumat lain tentang penggunaan anda bagi Samsung Rewards, seperti aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati dan cara anda berinteraksi dengan kandungan yang ditawarkan melalui Samsung Rewards.



BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan bagi tujuan yang berikut:

• Untuk membantu anda atau produk anda mendaftar bagi Samsung Rewards;

• Untuk menyediakan Samsung Rewards atau ciri yang anda minta;

• Untuk menyediakan kandungan yang tersuai dan perkhidmatan peribadi berdasarkan aktiviti anda pada masa lalu pada Samsung Rewards;

• Untuk menyediakan pengiklanan,promosi dan tawaran tersuai yang mungkin menarik minat anda pada tapak web kami, tapak web pihak ketiga dan platform dalam talian seperti tapak media social;

• Untuk menyediakan promosi dan tawaran dengan cara komunikasi pemasaran langsung, hanya apabila anda telah memberikan persetujuan berasingan anda kepada kami;

• Untuk memberikan kandungan yang telah anda tonton, dibeli, dimuat turun dari Samsung Rewards;

• Untuk menganalisis produk dan perkhidmatan kami bagi membantu kami memahami pelanggan kami dengan lebih baik untuk menawarkan komunikasi, perkhidmatan dan pengalaman yang paling berkaitan kepada anda;

• Untuk meminta pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan tinjauan pelanggan, dengan persetujuan berasingan anda jika diperlukan;

• Untuk menyediakan kemaskini perisian, perkhidmatan penyelenggaraan, notis yang penting, dan sokongan bagi Samsung Rewards;

• Untuk mentadbir pertandingan, cabutan bertuah, penebusan atau promosi serupa yang anda masukkan, di mana anda telah memberikan kami persetujuan berasingan;

• Untuk mematuhi undang-undang dan proses perundangan;

• Untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Samsung Electronics atau mana-mana sekutu, rakan niaga atau pelanggan kami; dan

• dengan persetujuan anda.

Kami menggunakan dan menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan tentang diri anda daripada Samsung Rewards dengan data daripada perkhidmatan Samsung yang lain atau ciri yang anda gunakan. Sebagai contoh, apabila anda membeli produk Samsung melalui laman web kami, anda boleh mendapatkan mata pada Samsung Rewards yang kemudiannya anda boleh gunakan untuk menebus produk pada Samsung Rewards.



KEMASKINI KEPADA NOTIS PRIVASI KAMI

Notis Privasi ini mungkin akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Samsung Rewards atau perubahan pada undang-undang yang berkenaan. Kami akan menunjukkan di bahagian atas Notis Privasi ini apabila ia paling baru dikemaskini. Jika kami mengemaskinikan Notis Privasi, kami akan memberitahu anda terlebih dahulu tentang perubahan yang kami anggap penting dengan meletakkan satu notis pada perkhidmatan berkaitan atau dengan menghantar e-mel kepada anda, jika sesuai.



[Tafsiran] Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini dan terjemahan BM, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.