SOROTAN DASAR PRIVASI SAMSUNG

English | Bahasa Malaysia 

  • Skop

    Dasar Privasi ini diterima pakai untuk sebarang Samsung produk dan peranti (secara kolektif, “Produk”), tapak web, aplikasi, perkhidmatan, peraduan, kaji selidik, penebusan, pemasaran, pendaftaran waranti, perkhidmatan selepas penjualan atau perkhidmatan pembaikan dan perkhidmatan lain yang merujuk pada atau memaut ke Dasar Privasi (secara kolektif, “Perkhidmatan” kami). Dasar Privasi ini diterima pakai tanpa mengambil kira sama ada anda menggunakan sebuah komputer, telefon mudah alih, tablet atau TV untuk mengakses Perkhidmatan kami.

  • Maklumat Yang Kami Kumpulkan

    Kami mengumpulkan pelbagai jenis maklumat berhubung dengan Perkhidmatan tersebut, termasuk:


    • Maklumat yang anda berikan secara langsung kepada kami;
    • Maklumat yang kami kumpulkan tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami; dan
    • Maklumat yang kami peroleh daripada sumber pihak ketiga.

    Kami juga mungkin akan meminta kebenaran anda untuk mengumpulkan maklumat yang tidak diterangkan dalam Dasar Privasi.

  • Penggunaan dan Perkongsian Maklumat

    Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan, antara lain:


    • Untuk menyediakan Perkhidmatan yang anda minta;
    • Untuk memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan tersebut supaya kami boleh menambah baik pengalaman anda;
    • Untuk menyediakan kandungan dan iklan tersuai; dan
    • Dengan persetujuan anda.

    Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan:


    • Sekutu – syarikat yang berkaitan dengan Samsung Electronics Co., Ltd. melalui pemilikan atau kawalan bersama.
    • Rakan niaga – syarikat boleh dipercayai yang menyediakan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang anda mungkin suka.
    • Pembekal perkhidmatan – syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak Samsung.
    • Penguatkuasaan undang-undang – apabila kami perlu berbuat demikian atau untuk melindungi Samsung dan penggunanya.
  • Maklumat tambahan tentang Produk dan Perkhidmatan Khusus

  • Cara untuk Menghubungi Kami

    Pegawai Perlindungan Data
    Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
    Suite E-09-01, Level 9, East Wing
    ICON Jalan Tun Razak
    No. 1, Jalan 1/68F
    50400 Kuala Lumpur

    Tel No.: +603-2165 0000

    Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/

 

DASAR PRIVASI SAMSUNG

Berkuat kuasa: Mac 30, 2018

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dan sekutu kami (“Samsung”, “kami”, “kita”) tahu kepentingan privasi kepada pelanggan kami dan kami berusaha untuk menjelaskan cara kami mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan maklumat anda. Dasar Privasi ini menerangkan amalan maklumat kami. Dasar Privasi ini diterima pakai untuk sebarang produk dan peranti (secara kolektif, “Produk”), tapak web atau aplikasi dalam talian Samsung yang merujuk pada atau memaut ke Dasar Privasi (secara kolektif, “Perkhidmatan” kami). Ini termasuk sokongan pelanggan untuk Produk, tapak web atau aplikasi dalam talian tersebut.

Walaupun Dasar Privasi ini diterima pakai untuk semua Perkhidmatan kami, kami juga menyediakan maklumat tambahan privasi khusus yang mengandungi maklumat tambahan tentang amalan kami berhubung dengan Perkhidmatan tertentu. Maklumat tambahan ini diterima pakai untuk penggunaan anda bagi Perkhidmatan yang diliputi.

Harap maklum bahawa Dasar Privasi diterima pakai tanpa mengambil kira sama ada anda menggunakan sebuah komputer, telefon mudah alih, tablet, TV atau peranti lain untuk mengakses Perkhidmatan kami. Anda perlu membaca Dasar Privasi ini dengan teliti kerana pada bila-bila masa sahaja anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan amalan yang kami terangkan dalam Dasar Privasi dan maklumat tambahan. Jika anda tidak bersetuju kepada amalan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, anda harus secara serta-merta berhenti menggunakan mana-mana Perkhitmatan kami. Anda juga perlu memeriksa kembali secara kerap bagi kemas kini Dasar Privasi. Jika kami mengemas kini Dasar Privasi, kami akan memaklumkan kepada anda tentang perubahan yang kami anggap penting dengan meletakkan notis pada Perkhidmatan yang berkenaan. Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami selepas kami meletakkan notis seperti itu, maka anda bersetuju dengan amalan baharu yang dikenal pasti dalam kemas kini tersebut. Versi Dasar Privasi paling terkini akan sentiasa disediakan di sini http://www.samsung.com/my/info/privacy/. Anda boleh menyemak “tarikh berkuat kuasa” yang disiarkan di atas untuk melihat kali terakhir Dasar Privasi dikemas kini.

 

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN TENTANG DIRI ANDA?

 Maklumat yang anda berikan secara langsung

 Sesetengah Perkhidmatan membolehkan anda untuk memberi kami maklumat secara langsung. Sebagai contoh:

• Beberapa Perkhidmatan kami membolehkan pengguna untuk mencipta akaun atau profil. Berhubung dengan Perkhidmatan ini, kami mungkin akan meminta anda untuk memberikan maklumat tertentu tentang diri anda bagi menyediakan akaun atau profil. Sebagai contoh, anda boleh menyerahkan maklumat tertentu tentang diri anda, seperti nama dan alamat e-mel anda, apabila anda mencipta Samsung account.

• Jika anda memesan Produk atau Perkhidmatan berbayar daripada kami, kami mungkin akan meminta nama, maklumat perhubungan, alamat penghantarandan pengebilan dan maklumat kad kredit anda untuk memproses pesanan anda.

• Sesetengah Perkhidmatan kami membolehkan anda untuk berkomunikasi dengan orang lain. Komunikasi ini akan dihantar melalui sistem kami.

 Maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut

Selain maklumat yang anda berikan, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami melalui perisian pada Produk anda dan dengan cara lain. Sebagai contoh, kami mungkin akan mengumpulkan:

• Maklumat Produk – seperti model perkakasan, nombor IMEI dan pengecam peranti unik yang lain, alamat MAC, alamat IP, versi sistem operasi anda dan aturan Produk yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan tersebut.

Maklumat log – seperti masa dan tempoh penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut, istilah pertanyaan carian yang anda masukkan melalui Perkhidmatan dan sebarang maklumat yang disimpan dalam kuki yang telah kami tetapkan pada peranti anda.

Maklumat lokasi – seperti isyarat GPS Produk anda atau maklumat tentang titik akses Wi-Fi yang berdekatan dan stesen utama, yang mungkin dihantar kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan tertentu.

Maklumat suara – seperti rakaman suara anda yang kami buat (dan mungkin simpan pada pelayan kami) apabila anda menggunakan perintah suara untuk mengawal sesuatu Perkhidmatan. (Harap maklum bahawa jika kami bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pertukaran ucapan-ke-teks bagi pihak kami, pembekal ini mungkin akan menerima dan menyimpan perintah suara tertentu.)

Maklumat lain tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut, seperti aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati dan cara anda berinteraksi dengan kandungan yang ditawarkan melalui sesuatu Perkhidmatan.

 Maklumat daripada sumber pihak ketiga

 Kami mungkin akan menerima maklumat tentang anda daripada sumber yang tersedia secara umum dan komersial (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang) yang kami mungkin akan gabungkan dengan maklumat lain yang kami terima daripada atau tentang anda. Kami juga mungkin akan menerima maklumat tentang anda daripada perkhidmatan rangkaian sosial pihak ketiga apabila anda memilih untuk bersambung dengan perkhidmatan itu.  

Maklumat Lain yang Kami Kumpulkan

 Kami juga mungkin akan mengumpulkan maklumat lain tentang diri anda, peranti anda atau penggunaan anda bagi perkhidmatan dengan cara yang kami terangkan kepada anda pada waktu pengumpulan atau dengan persetujuan anda.  

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan kami jenis maklumat tertentu (cth. maklumat yang kami minta semasa pendaftaran Samsung account), tetapi berbuat demikian boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan tertentu.

 

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

 Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan bagi tujuan yang berikut:

• untuk mendaftarkan anda atau Produk anda bagi sesuatu Perkhidmatan;

• untuk menyediakan Perkhidmatan atau ciri yang anda minta;

• untuk menyediakan kandungan yang tersuai dan menyediakan perkhidmatan peribadi berdasarkan aktiviti anda pada masa lalu pada Perkhidmatan kami;

• untuk pengiklanan, seperti menyediakan iklan tersuai,kandungan tajaan dan menghantar komunikasi promosi kepada anda;

• untuk penilaian dan analisis pasaran, pelanggan, produk dan perkhidmatan kami (termasuk meminta pendapat anda tentang Produk  dan Perkhidmatan kami dan menjalankan tinjauan pelanggan);

• untuk memahami cara orang menggunakan Perkhidmatan kami supaya kami boleh memperbaiki perkhidmatan tersebut dan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu;

• untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi Produk anda;

• untuk menjalankan cabutan hadiah percuma, pertandingan ataupromosi hadiah, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang; dan

• dengan persetujuan anda.

 Kami mungkin akan menggabungkan maklumat daripada atau tentang anda, termasuk daripada pelbagai Perkhidmatan atau peranti, bagi tujuan yang konsisten dengan Dasar Privasi ini. Sebagai contoh, kami mungkin akan menggunakan butiran Samsung account anda pada semua Perkhidmatan yang memerlukan Samsung account. Kami juga mungkin membuat saranan, menyesuaikan kandungan dan menjadikan ciri peribadi untuk mempertingkatkan pengalaman anda berdasarkan Perkhidmatan tersebut. Bergantung pada sebab kami menggabungkan data tersebut dan pada keperluan undang-undang yang diterima pakai, kawalan khusus bagi gabungan tersebut mungkin disediakan, sebagai contoh dalam menu aturan peranti atau aplikasi atau dengan melawat tapak web yang berkenaan. 

 

KEPADA SIAPAKAH KAMI MENDEDAHKAN MAKLUMAT ANDA?

 Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga bagi tujuan perniagaan atau pemasaran mereka sendiri tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada entiti yang berikut:

Sekutu. Maklumat anda mungkin akan dikongsi antara sekutu Samsung bagi tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Istilah ‘sekutu’ merujuk kepada syarikat yang berkaitan dengan Samsung Electronics Co., Ltd. melalui pemilikan atau kawalan bersama. Sekutu kami termasuk syarikat dengan nama Samsung Electronics. Sekutu juga mungkin termasuk syarikat lain yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan bersama, seperti Samsung SDS.

Rakan Niaga. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan rakan niaga yang boleh dipercayai, termasuk pembawa wayarles. Entiti ini mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta, membuat ramalan tentang minat anda dan mungkin akan menyediakan anda dengan bahan promosi, iklan dan bahan lain.

Pembekal Perkhidmatan. Kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak kami, seperti syarikat yang membantu kami dengan pengebilan atau yang menghantar e-mel bagi pihak kami. Entiti ini terhad dalam keupayaan mereka untuk menggunakan maklumat anda bagi tujuan selain menyediakan perkhidmatan untuk kami.

Pihak Lain Apabila Diperlukan oleh Undang-undang atau apabila Perlu untuk melindungi Perkhidmatan Kami. Mungkin terdapat peristiwa apabila kami mendedahkan maklumat anda kepada pihak lain:

        • untuk mematuhi undang-undang atau memberikan respons kepada proses undang-undang yang wajib (seperti waran geledah atau perintah mahkamah yang lain);

        • untuk mengesahkan atau menguatkuasakan pematuhan dengan dasar yang mentadbir Perkhidmatan kami; dan

        • untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Samsung atau mana-mana sekutu, rakan niaga atau pelanggan kami.

Pihak Lain Berhubung dengan Transaksi Korporat. Kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pemindahan atau sekiranya berlaku kemuflisan.

Pihak Lain dengan Persetujuan Anda atau mengikut Arahan Anda. Selain pendedahan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami mungkin akan berkongsi maklumat tentang diri anda dengan pihak ketiga apabila anda memberikan persetujuan atau meminta perkongsian tersebut.

 

PILIHAN ANDA

 Kami menawarkan pelbagai pilihan tentang cara kami menggunakan maklumat anda. Anda boleh membuat pilihan tentang sama ada mahu menerima komunikasi promosi daripada kami dengan mengikuti arahan untuk menghentikan langganan yang disertakan dalam komunikasi tersebut. Anda juga boleh membuat perubahan pada aturan anda seberapa kerap yang anda suka untuk Perkhidmatan tertentu, apabila kami memberi anda notis betul-betul pada masanya atau dengan melawati halaman web yang berkenaan.

 

APAKAH YANG KAMI LAKUKAN UNTUK MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA DENGAN SELAMAT?

Kami telah mengambil langkah fizikal dan teknikal yang munasabah untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan berhubung dengan Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada tapak web, penghantaran Internet, sistem komputer atau sambungan wayarles yang selamat sepenuhnya.

 

PERSETUJUAN KEPADA PEMINDAHAN DATA ANTARABANGSA

 Dengan menggunakan atau menyertai sebarang Perkhidmatan dan/atau menyediakan kami dengan maklumat anda, anda memberikan persetujuan kepada pengumpulan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat anda di luar negara Malaysia, konsisten dengan Dasar Privasi ini. Harap maklum bahawa undang-undang perlindungan data dan undang-undang lain di negara yang maklumat anda mungkin dipindahkan mungkin tidak selengkap undang-undang di negara anda.

 

MENGAKSES MAKLUMAT ANDA

 Anda berhak untuk meminta butiran tentang maklumat yang kami kumpulkan dan untuk membetulkan ketidaktepatan pada maklumat tersebut. Sebarang hak pengguna berkanun lanjut kekal tidak terjejas. Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin akan mengenakan anda yuran kecil bagi menyediakan anda dengan keupayaan ini. Kami boleh menolak untuk memproses permintaan berulang yang tidak munasabah, yang memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, membahayakan privasi orang lain, yang sangat tidak praktikal atau yang mana akses tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan. Jika anda mahu membuat permintaan untuk mengakses maklumat anda, sila hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/.

 

PENGEKALAN DATA

 Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat tentang diri anda hanya tersedia selagi diperlukan bagi tujuan di mana ia dikumpulkan, atau sepertimana di bawah sebarang kontrak, atau mengikut undang-undang.

  

PAUTAN DAN PRODUK PIHAK KETIGA PADA PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan kami mungkin memaut ke tapak web dan perkhidmatan pihak ketiga yang berada di luar kawalan kami. Kami tidak bertanggungjawab bagi keselamatan atau privasi sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh tapak web atau perkhidmatan lain. Anda harus berjaga-jaga dan menyemak pernyataan privasi yang berkenaan dengan tapak web  dan perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan.

Kami juga mungkin akan menyediakan kepada anda produk atau perkhidmatan tertentu (cth. aplikasi yang disediakan melalui Galaxy Apps atau Aplikasi) yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Samsung tidak bertanggungjawab bagi produk atau perkhidmatan pihak ketiga ini.

Pihak Ketiga yang Menyediakan Kandungan, Pengiklanan atau Fungsi bagi Perkhidmatan Kami

 Sesetengah kandungan, pengiklanan dan fungsi pada Perkhidmatan kami mungkin disediakan oleh pihak ketiga yang tidak bersekutu dengan kami. Sebagai contoh:

·               Kami membolehkan anda untuk menonton kandungan video yang disediakan oleh pembekal kandungan;

·               Pihak ketiga membangunkan aplikasi yang kami sediakan melalui Galaxy Apps atau Aplikasi;

·               Pihak ketiga tertentu mungkin menyiarkan pengiklanan atau menjejaki iklan yang dilihat oleh pengguna, kekerapan mereka melihat iklan tersebut dan perkara yang dilakukan oleh pengguna sebagai respons terhadap iklan itu; dan

·               Kami membolehkan anda untuk berkongsi bahan tertentu pada Perkhidmatan dengan orang lain melalui perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan LinkedIn.

 Pihak ketiga ini mungkin akan mengumpulkan atau menerima maklumat tertentu tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut, termasuk melalui penggunaan kuki, beacon dan teknologi yang serupa dan maklumat ini mungkin akan dikumpulkan dalam satu tempoh masa dan digabungkan dengan maklumat yang dikumpulkan dari merata tapak web yang berlainan dan perkhidmatan dalam talian. Samsung tidak mengawal pengumpulan data dan menggunakan amalan syarikat tersebut. Sesetengah syarikat ini menyertai program yang dimajukan oleh industri yang direka untuk memberi pilihan kepada pelanggan sama ada untuk menerima pengiklanan sasaran atau tidak. Sila lawati tapak web yang dikendalikan oleh Network Advertising Initiative “http://networkadvertising.org” dan Digital Advertising Alliance “http://www.aboutads.info/” untuk mengetahui lebih lanjut.

 Jika anda menyambung dengan perkhidmatan rangkaian sosial, kami mungkin akan menerima dan menyimpan maklumat pengesahan daripada perkhidmatan tersebut untuk membolehkan anda log masuk serta maklumat lain yang anda benarkan kami untuk menerima bila anda menyambung dengan perkhidmatan ini.  

Juga, harap maklum bahawa sekiranya anda memilih untuk menyambung dengan perkhidmatan rangkaian sosial pada Produk yang digunakan oleh individu selain anda, pengguna lain itu mungkin dapat melihat maklumat yang disimpan atau dipaparkan berhubung dengan akaun anda pada perkhidmatan rangkaian sosial yang anda sambungkan.

 

KUKI, BEACON DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA

 Kami, serta pihak ketiga tertentu yang menyediakan kandungan, pengiklanan atau fungsi lain pada Perkhidmatan kami, mungkin akan menggunakan kuki, beacon dan teknologi lain dalam bidang tertentu Perkhidmatan kami. 

Kuki

 Kuki ialah fail kecil yang menyimpan maklumat pada komputer, TV, telefon mudah alih atau peranti anda yang lain. Kuki membolehkan entiti yang meletakkan kuki tersebut pada Produk i anda untuk mengenali anda di pelbagai tapak web, perkhidmatan, peranti dan/atau sesi pelayaran. Kuki mempunyai banyak tujuan yang berguna.

 Kami menggunakan jenis-jenis kuki berikut pada tapak web kami:-

·               Kuki penting, yang membolehkan anda memesan produk dan mendapat perkhidmatan dari tapak web kami;

·               Kuki prestasi, yang membolehkan kami untuk menganalisis prestasi dan reka bentuk tapak web kami dan mengesan kesalahan-kesalahan. Sebagai contohnya, kuki jenis ini membenarkan kami untuk mengiktiraf bahawa anda telah melawat tapak web kami sebelum ini , dan menunjukkan yang mana bahagian tapak web kami yang paling popular  dengan membenarkan kami mengetahui yang mana satu halaman mempunyai pengaksesan pengunjung-pengunjung yang paling sering dan berapa lama pengunjung-pengunjung membelanjakan masa pada setiap halaman. Kami boleh menggunakan Google Analytics atau kuki analitis yang serupa untuk mencapai ini;

·               Kuki fungsian, yang membolehkan kami menyediakan anda dengan satu pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contohnya, kuki jenis ini memastikan bahawa maklumat dipamerkan di atas lawatan berikutnya anda kepada tapak web kami akan menandingi keutamaan penggunaan anda, atau memberitahu kami nama domain satu lagi tapak web di mana anda berkait dengan tapak web kami; dan

·               Kuki Pengiklanan, yang membolehkan kami dan rakan kongsi perniagaan yang kami pilih dengan berhati-hati menyampaikan iklan kepada anda yang menandingi minat anda, misalnya, mengumpulkan maklumat tentang produk yang anda telah melihat atau memesan pada tapak web kami. Kami boleh menggunakan pemasaran semula tag Google untuk membenarkan rakan kongsi perniagaan kami mengiklankan produk yang mana anda telah melihat pada tapak web kami. Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana pemasaran semula tag Google bekerja, sila layari di sini:- http://www.google.com/think/products/new-remarketing-tag.html. 

  Tapak web kami mungkin juga memaparkan isi kandungan dari tapak web atau perkhidmatan pihak ketiga, yang boleh mengakibatkan kuki daripada pihak ketiga disimpan di cakera keras atau pelayar anda. Kami tidak mengawal simpanan kuki ini dan anda sepatutnya merujuk dasar privasi pihak ketiga yang relevan untuk maklumat lanjut.

 Apabila anda menggunakan pelayar web untuk mengakses Perkhidmatan, anda boleh konfigurasi pelayar anda untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki atau memaklumkan anda apabila kuki dihantar. Setiap pelayar adalah berbeza, jadi semak menu “Bantuan” pelayar anda untuk mengetahui cara untuk mengubah keutamaan kuki anda. Sistem operasi peranti anda mungkin mengandungi kawalan tambahan untuk kuki.

 Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa sesetengah Perkhidmatan mungkin direka untuk berfungsi menggunakan kuki dan melumpuhkan kuki boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan atau bahagian tertentu Perkhidmatan tersebut.

 Storan Tempatan Lain

 Kami, bersama pihak ketiga tertentu, mungkin akan menggunakan jenis teknologi storan tempatan lain, seperti Local Shared Objects (juga dirujuk sebagai “Kuki Flash”) dan storan tempatan HTML5, berhubung dengan Perkhidmatan kami. Teknologi ini adalah serupa dengan kuki yang dibincangkan di atas di mana ia disimpan pada Produk anda dan boleh digunakan untuk menyimpan maklumat tertentu tentang aktiviti dan keutamaan anda. Walau bagaimanapun, teknologi ini mungkin menggunakan bahagian peranti anda yang berlainan daripada kuki standard dan anda mungkin tidak dapat mengawal teknologi tersebut menggunakan alat dan aturan pelayar standard. Untuk mendapatkan maklumat tentang melumpuhkan atau memadam maklumat yang terkandung dalam Kuki Flash, sila klik di sini “http://helpx.adobe.com/flash-player/kb/disable-local-shared-objects-flash.html”.

 Beacon

 Kami, bersama pihak ketiga tertentu, juga mungkin akan menggunakan teknologi yang dipanggil beacon (atau “piksel”) yang menyampaikan maklumat daripada Produk anda ke pelayan. Beacon boleh dibenamkan dalam kandungan dalam talian, video dan e-mel dan boleh membenarkan pelayan untuk membaca jenis maklumat tertentu daripada Produk anda, mengetahui masa anda telah melihat kandungan tertentu atau mesej e-mel tertentu, menentukan masa dan tarikh anda melihat beacon tersebut dan alamat IP peranti anda. Kami dan pihak ketiga tertentu menggunakan beacon bagi pelbagai tujuan, termasuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami dan (bersama kuki) untuk menyediakan  kandungan dan iklan yang lebih berkenaan dengan anda.

 Dengan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberikan persetujuan kepada penyimpanan kuki, teknologi storan tempatan lain, beacon dan maklumat lain pada Produk anda. Anda juga memberikan persetujuan kepada akses bagi kuki, teknologi storan tempatan, beacon dan maklumat seperti itu oleh kami dan pihak ketiga yang disebutkan di atas.

 

MAKLUMAT LANJUT

 Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan khusus, sila hubungi kami di:

 Pegawai Perlindungan Data

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd

Suite E-09-01, Level 9, East Wing

ICON Jalan Tun Razak

No. 1, Jalan 1/68F

50400 Kuala Lumpur

Tel No.: +603-2165 0000

 Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/

 

 

 

NOTIS PRIVASI - PERKHIDMATAN PENYESUAIAN

 

Untuk .menggunakan Perkhidmatan Penyesuaian, anda mesti terlebih dahulu mempunyai Samsung account. Dasar Privasi kami di http://www.samsung.com/my/info/privacy/ (“Dasar Privasi”) akan digunakan bagi penggunaan Samsung account dan Perkhidmatan Penyesuaian anda. Notis Privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi di  https://www.samsung.com/my/info/privacy. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten atau bercanggah antara terma Notis Privasi ini dengan Dasar Privasi, terma Notis Privasi ini akan mengatasi Dasar Privasi.

 Apakah itu Perkhidmatan Penyesuaian?

 Peranti, aplikasi dan perkhidmatan Samsung (setiap daripadanya merupakan “Perkhidmatan” dan secara kolektif, “Perkhidmatan” tersebut) direka untuk menyediakan anda perkhidmatan tersuai dengan meramal kehendak dan keperluan anda secara bijak dan pintar. Perkhidmatan Penyesuaian Samsung menyediakan pengalaman pengguna yang ditingkatkan, termasuk kandungan dan saranan tersuai, berdasarkan maklumat yang diperoleh tentang anda dan penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut. 

Sebagai contoh, Perkhidmatan Penyesuaian boleh menambah baik pengalaman pengguna anda dengan Perkhidmatan tersebut dengan memberi bayangan dan maklumat yang disesuaikan untuk anda semasa anda menggunakan khidmat pengecaman suara Samsung atau mengingati muzik yang anda biasa dengar pada hari yang mengalami hujan dan menyarankan muzik itu kemudian. Selain itu, jika anda memerintah, “Ingatkan saya untuk membeli sebotol air apabila saya hampir sampai ke rumah,” Perkhidmatan Penyesuaian boleh mengingati arahan tersebut dan mengingatkan anda untuk membeli sebotol air apabila anda hampir sampai ke rumah.

 Apakah jenis maklumat yang boleh dikumpulkan oleh Perkhidmatan Penyesuaian tentang diri anda?

 Lebih banyak yang difahami dan dipelajari oleh Perkhidmatan Penyesuaian tentang diri anda, lebih pantas dan lebih tepat khidmat tersebut boleh menyediakan anda dengan kandungan dan maklumat tersuai. Perkhidmatan Penyesuaian direka untuk membantu dalam memahami minat, keutamaan dan lokasi anda serta mengumpulkan dan menganalisis maklumat tentang diri anda dengan pelbagai cara, termasuk:

·        Maklumat Produk. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengumpulkan maklumat pengenalan unik Produk anda, maklumat aturan (seperti aturan bahasa dan kunci), maklumat status (seperti sambungan dengan peranti lain) dan maklumat lain mengenai peranti anda. Perkhidmatan Penyesuaian juga mungkin memeriksa aplikasi yang dipasang atau sedang dijalankan pada peranti anda. Selain itu, Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengumpulkan maklumat tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan peranti yang disambungkan ke Samsung account anda, termasuk penggunaan Perkhidmatan tersebut dan aplikasi serta perkhidmatan pihak ketiga pada peranti tersebut (seperti penyenaraian aplikasi pada peranti anda, muzik yang dimainkan pada peranti anda, tapak web yang anda lawati dan carian yang anda lakukan).

·        Maklumat tentang Muzik dan Foto Anda. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengumpulkan dan menganalisis maklumat seperti tajuk, genre dan artis pada muzik yang dimainkan atau disimpan sebelum ini dan maklumat tentang fotoanda, seperti masa dan lokasi foto yang disimpan itu telah diambil.

·        Data Kenalan dan Komunikasi. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengakses senarai kenalan anda dan mungkin mengumpulkan dan menganalisis panggilan masuk/keluar serta sejarah mesej teks untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan, bagi menentukan hubungan anda dengan orang lain (cth.keluarga dan rakan anda), siapa kenalan paling penting anda, siapa yang paling kerap anda hubungi dan kaedah hubungan yang anda utamakan; untuk memaparkan maklumat tentang kenalan penting anda (cth. panggilan yang terlepas); dan untuk mencari kenalan yang anda rujuk semasa menggunakan pengecaman suara.

·        Maklumat Kalendar. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengakses kalendar peranti anda dan mungkin mengumpulkan dan menganalisis data kalendar anda untuk mengetahui keutamaan anda, merakam peristiwa yang istimewa dan mengenal pasti lokasi anda.

·        Sejarah Pelayaran Internet. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengakses, mengumpulkan dan menganalisis sejarah pelayaran Internet anda (seperti tapak web yang dilawati, carian kata kunci dan penanda) untuk mengetahui minat dan keutamaan anda; untuk memaparkan hasil carian yang lebih berkaitan dan menyediakan maklumat yang paling sesuai dalam konteks yang berbeza; dan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan lain seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. Sejarah carian anda daripada pelayaran Internet yang dilakukan dalam Mod rahsia (Inkognito atau Mod peribadi) tidak akan dikumpulkan.

·        Maklumat Lokasi. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengakses, mengumpulkan dan menganalisis geolokasi tepat peranti anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan lokasi anda secara tetap melalui isyarat Bluetooth dan Wi-Fi, entri kalendar dan teknologi lain serta data bagi tujuan tertentu, seperti menyediakan pemberitahuan atau maklumat berkenaan lokasi yang anda minta. Untuk Perkhidmatan Penyesuaian tersebut mengumpulkan maklumat geolokasi, aturan Lokasi perlu didayakan pada peranti anda. Oleh itu, dalam sesetengah kes,Perkhidmatan Penyesuaian mungkin akan meminta anda mendayakan aturan Lokasi.

·        Samsung account, Profil Saya dan Data Perkhidmatan Samsung. Perkhidmatan Penyesuaian mungkin mengumpulkan dan menganalisis maklumat yang disimpan atau dikaitkan dengan Samsung account anda (seperti ID Samsung account anda, maklumat perhubungan, nama, tarikh lahir dan jantina) serta maklumat yang didaftarkan dalam Profil saya anda. Perkhidmatan Penyesuaian juga mungkin mengumpulkan dan menganalisis maklumat yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan tersebut, seperti sejarah penggunaan aplikasi Samsung anda, perintah suara anda yang diberikan melalui perkhidmatan pengecaman suara, pemberitahuan yang ditetapkan dalam Reminder dan data cuaca yang  disediakan kepada anda.

·        Maklumat yang Berkaitan dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga yang Disambungkan. Dengan membenarkan sambungan ke aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga, anda boleh membolehkan Perkhidmatan Penyesuaian untuk menggunakan data mengenai penggunaan anda bagi aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga ini dan untuk menyediakan ciri tersuai kepada anda.

Selain maklumat yang dinyatakan di atas, Perkhidmatan Penyesuaian juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang diri anda, Produk dan aplikasi anda serta penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut dengan cara yang kami terangkan kepada anda pada waktu pengumpulan atau dengan persetujuan anda. Perkhidmatan Penyesuaian menyediakan  anda dengan pilihan mengenai cara Perkhidmatan Penyesuaian mungkin akan menggunakan dan menganalisis jenis maklumat peribadi tertentu, seperti sejarah panggilan dan mesej teks anda, data geolokasi dan sejarah pelayaran Internet. Perkhidmatan Penyesuaian juga menyediakan anda dengan pilihan untuk memilih keluar daripada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan pengiklanan oleh Perkhidmatan Penyesuaian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat bahagian “Hak dan Pilihan Anda” di bawah.

Bagaimanakah maklumat yang dikumpulkan itu digunakan?

 Perkhidmatan Penyesuaian akan menganalisis maklumat yang dinyatakan di atas melalui sistem automatik dan menyediakan data yang dianalisis kepada Perkhidmatan tersebut dan aplikasi pihak ketiga yang anda benarkan bagi tujuan yang berikut:

·        untuk menyediakan kandungan dan maklumat tersuai kepada anda;

·        untuk menganalisis kaedah bagi menyediakan Perkhidmatan yang lebih baik kepada anda;

·        untuk memperbaiki dan membangunkan Perkhidmatan tersebut;

·        untuk memaparkan iklan tersuai tentang produk dan perkhidmatan yang anda mungkin minati kepada anda; dan

·        dengan persetujuan berasingan anda, untuk berkomunikasi dengan anda melalui e-mel dan pemberitahuan tolak tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga yang disesuaikan dengan minat anda.

 Anda boleh menghentikan pengumpulan dan penggunaan maklumat tertentu seperti yang diterangkan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda” di bawah. Harap maklum bahawa, memandangkan maklumat tertentu diperlukan untuk setiap daripada Perkhidmatan tersebut untuk menyediakan Perkhidmatan Penyesuaian kepada anda, pengalaman pengguna yang optimum hanya boleh dipastikan apabila anda membenarkan Perkhidmatan Penyesuaian untuk mengakses semua maklumat.

 Pengiklanan dan Pemasaran Langsung Tersuai

 Perkhidmatan Penyesuaian boleh mengumpulkan, menganalisis dan berkongsi maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut dan aktiviti dalam talian, dalam tempoh masa dan di pelbagai tapak web serta aplikasi pihak ketiga dan juga pada pelbagai Produk,untuk menyediakan anda dengan komunikasi pengiklanan dan pemasaran langsung (secara kolektif, “Iklan”) tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga yang disesuaikan dengan minat anda. Apabila diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan memperoleh persetujuan anda bagi pemprosesan maklumat peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung. Anda boleh memilih keluar daripada penggunaan maklumat ini oleh Perkhidmatan Penyesuaian untuk Iklan tersuai melalui menu Profil saya > Urus Samsung account dalam aturan Samsung account anda dengan mematikan “Iklan Menggunakan Perkhidmatan Penyesuaian”. Harap maklum bahawa tindakan melumpuhkan pilihan ini mungkin tidak menghentikan semua Iklan (termasuk Iklan tersuai) yang disediakan oleh Samsung. Anda mungkin akan terus menerima Iklan daripada Samsung jika anda telah bersetuju untuk menerima iklan tersebut daripada Perkhidmatan lain. Sila lawati menu Aturan dalam Perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk memilih keluar daripada Iklan seumpama itu daripada Perkhidmatan lain.

 Bagaimanakah saya boleh memadam maklumat yang diperoleh Perkhidmatan Penyesuaian?

 Maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis oleh Perkhidmatan Penyesuaian akan dipadamkan selepas anda memadam Samsung account anda. Anda juga boleh meminta pemadaman kategori data khusus yang telah dikumpulkan dan dianalisis oleh Perkhidmatan Penyesuaian pada bila-bila masa, walaupun sebelum memadam Samsung account anda, melalui menu Aturan Privasi dalam Samsung account anda. Harap maklum bahawa, dalam sesetengah kes, ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum maklumat yang disimpan pada pelayan kami dipadamkan sepenuhnya.  

Apakah yang berlaku jika saya memadamkan maklumat yang dikumpulkan oleh Perkhidmatan Penyesuaian atau menghentikan pengumpulan oleh Perkhidmatan Penyesuaian bagi sesetengah maklumat?

 Jika anda memadam maklumat yang dikumpulkan, ketepatan dan/atau kualiti kandungan tersuai yang disampaikan kepada anda oleh Perkhidmatan Penyesuaian mungkin berkurangan. Tambahan lagi, beberapa ciri penyesuaian mungkin memerlukan maklumat yang telah anda padam atau yang mana anda telah menafikan akses kepada Perkhidmatan Penyesuaian dan penyambungan semula penerimaan ciri ini hanya mungkin dengan membenarkan Perkhidmatan Penyesuaian untuk mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang berkenaan semula.

Kepada siapakah kami dedahkan maklumat peribadi anda?

Kami tidak mendedahkan maklumat peribadi tentang anda kepada pihak ketiga melalui Perkhidmatan Penyesuaian, kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan Dasar Privasi. Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan subsidiari serta sekutu kami dan dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami menyediakan Perkhidmatan Penyesuaian.

 Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi Anda

 Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi yang kami peroleh melalui Perkhidmatan dan Perkhidmatan Penyesuaian daripada pemusnahan, gangguan, kehilangan, pengubahsuaian, akses, pendedahan atau penggunaan yang menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran.

 Hak dan Pilihan Anda

 Samsung menghormati pilihan yang anda buat dan berusaha untuk menawarkan pelbagai cara bagi anda mengawal maklumat anda. Anda boleh, pada bila-bila masa, melumpuhkan Perkhidmatan Penyesuaian melalui pilihan “Perkhidmatan Penyesuaian” dalam menu Aturan Samsung account anda, yang mana Samsung akan menggantung penyediaan kandungan dan maklumat tersuai serta pengumpulan dan analisis maklumat anda oleh Perkhidmatan Penyesuaian. Selain itu, jika anda menukar aturan yang diterangkan dalam bahagian “Pengiklanan dan Pemasaran Langsung Tersuai” di atas, maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis oleh Perkhidmatan Penyesuaian tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan iklan.

 Selain itu, anda boleh menentukan kategori maklumat yang Perkhidmatan Penyesuaian boleh kumpulkan dan analisis serta sokongan Perkhidmatan Penyesuaian untuk Perkhidmatan tertentu. Walau bagaimanapun, sebarang keputusan selanjutnya tidak akan menjejaskan maklumat yang sudah pun dikumpulkan dan dianalisis oleh Perkhidmatan  penyesuaian dan melumpuhkan Perkhidmatan Penyesuaian tidak akan menyebabkan maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis sebelum ini oleh Perkhidmatan Penyesuaian dipadamkan. Walaupun jika anda melumpuhkan Perkhidmatan Penyesuaian, anda masih boleh menggunakan ciri lalai yang disediakan oleh setiap Perkhidmatan tersebut. Anda boleh memilih pelbagai pilihan, yang digariskan di bawah:

 ·      Untuk menukar aturan Perkhidmatan Penyesuaian pada setiap peranti yang didaftarkan pada Samsung account anda, sila lakukan yang berikut:

        •      Telefon pintar/Tablet: Aturan > Cloud dan akaun > Akaun > Samsung account > Privasi > Perkhidmatan Penyesuaian

·       Untuk menukar aturan Perkhidmatan Penyesuaian untuk semua peranti yang didaftarkan pada Samsung account anda, sila lakukan yang berikut:

        •      Tapak web: https://account.samsung.com > Tetapan maklumat peribadi

        •      Telefon pintar/Tablet: Aturan > Cloud dan akaun > Akaun > Samsung account > Profil saya > Urus Samsung account > Perkhidmatan Penyesuaian

 

Aturan khusus di atas mungkin tertakluk pada perubahan dengan model peranti yang dikemas kini atau baharu yang menyokong Perkhidmatan Penyesuaian tersebut. Harap maklum bahawa pengalaman pengguna tersuai anda mungkin berubah akibat pelumpuhan Perkhidmatan Penyesuaian.  

Anda mungkin berhak, mengikut undang-undang yang berkenaan, untuk membantah atau meminta sekatan pemprosesan maklumat peribadi anda dan untuk meminta akses dan pembetulan pada maklumat peribadi anda sendiri. Permintaan boleh dibuat melalui jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus.

 

 

NOTIS PRIVASI - SMART TV

 

Perkhidmatan Samsung Smart TV menawarkan satu set ciri yang menyediakan kandungan video yang dipertingkatkan, pengalaman TV tersuai, filem, sambungan ke perkhidmatan rangkaian sosial dan keupayaan untuk mengawal dan berinteraksi dengan Smart TV anda berserta perintah suara. Kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan menyimpan maklumat melalui Smart TV anda dan Produk yang disambungkan dengan Smart TV anda melalui cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi. Notis Privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi di https://www.samsung.com/my/info/privacy. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten atau bercanggah antara terma Notis Privasi ini dengan Dasar Privasi, terma Notis Privasi ini akan mengatasi Dasar Privasi.

 Smart TV direka untuk membolehkan anda mencari dan mengakses program video dan kandungan lain dengan mudah. Sebagai contoh, anda boleh mengakses maklumat tentang program televisyen siaran langsung yang diedarkan kepada anda oleh pengendali kabel atau satelit anda dan tawaran kandungan video atas permintaan yang diedarkan oleh pembekal kandungan pihak ketiga melalui panduan boleh dicari yang dipaparkan pada Smart TV anda.

 Untuk program televisyen siaran langsung, kami menentukan kandungan yang tersedia kepada anda berdasarkan, sebahagiannya, pada poskod anda. Selain itu, Smart TV membantu anda mencari dan mengalami kandungan Smart TV lain yang lebih berkenaan dengan anda, dengan menyerlahkan program dan kandungan yang mungkin menarik minat anda atau menyediakan perkhidmatan tambahan yang akan meningkatkan pengalaman tontonan anda. Kami menyediakan saranan dan perkhidmatan tambahan ini berdasarkan pada:

·               Maklumat tentang kandungan yang anda tonton, beli, muat turun atau strim melalui aplikasi Samsung pada Smart TV anda atau peranti lain (Perihal maklumat tontonan TV, sila lihat bahagian‘Perkhidmatan Maklumat Tontonan’ di bawah);

·               Maklumat aplikasi yang telahanda akses melalui Smart TV;

·               Maklumat tentang klik anda pada butang “Suka”, “Tidak Suka”, “Tonton Sekarang” dan butang lain pada Smart TV anda;

·               Istilah pertanyaan yang anda masukkan ke dalam ciri carian Smart TV, termasuk apabila anda mencari kandungan video tertentu;

·              Maklumat Produk dan penggunaan Smart TV lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP, data log, maklumat yang mengenal pasti konfigurasi perkakasan atau perisian anda, maklumat pelayar dan halaman yang anda minta.

 Perkhidmatan Maklumat Tontonan

Untuk menyediakan pengalaman Smart TV tersuai dan peribadi kepada anda, beberapa ciri dan perkhidmatan kami akan bergantung pada sejarah tontonan TV dan maklumat penggunaan Smart TV anda.

Sejarah tontonan TV anda termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada Smart TV anda dan jumlah masa menonton program tersebut.

Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam maklumat ini. Smart TV anda memindahkan cebisan video atau maklumat penalaan TV bagi menentukan program yang ditonton.

 Anda boleh menukar pilihan privasi anda pada bila-bila masa dengan pergi ke menu aturan untuk melumpuhkan ciri atau perkhidmatan tertentu mengikut budi bicara anda, yang mana sejarah tontonan TV anda tidak akan dikumpulkan lagi bagi ciri atau perkhidmatan tertentu itu.

 Harus diingat bahawa pilihan privasi anda mungkin menjejaskan ketersediaan atau kualiti perkhidmatan berdasarkan maklumat tontonan tertentu. 

Perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat

 Perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat (“Perkhidmatan IBA”) direka untuk menyediakan keupayaan bagi memperoleh dan menonton iklan berdasarkan minat yang berguna dan interaktif tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga pada Samsung Smart TV anda atau pada pelbagai platform atau Produk Samsung atau pihak ketiga, termasuk komersial linear pada web, peranti mudah alih dan tablet.

 Untuk menjadikan pengiklanan pada Produk anda lebih berkenaan kepada anda, perkhidmatan IBA akan bergantung pada sejarah tontonan TV anda (termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada Samsung Smart TV anda dan jumlah masa menonton program tersebut), maklumat penggunaan Samsung Smart TV dan data statistik lain yang diperoleh daripada sumber data pihak ketiga yang dipercayai. Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.

 Berdasarkan maklumat di atas, kami mencipta kumpulan pemilik Samsung Smart TV yang berkongsi minat yang sama dan menggunakan kumpulan ini untuk Perkhidmatan IBA. Maklumat di atas digunakan untuk menentukan kumpulan yang dibahagikan kepada Samsung Smart TV anda dan dengan demikian, iklan yang diterima oleh Produk anda. 

Anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan IBA pada bila-bila masa dengan melawati menu aturan pada Samsung Smart TV anda. 

Harap maklum bahawa pilihan privasi anda berhubung dengan Perkhidmatan IBA tidak akan menjejaskan sama ada anda menerima atau dihidangkan dengan iklan dan pemasaran jenis lain yang tidak berdasarkan sejarah tontonan TV atau maklumat penggunaan Samsung Smart TV secara khusus. Iklan dan pemasaran jenis lain itu akan berdasarkan maklumat lain seperti lokasi secara umum dan maklumat anggaran atau andaian lain. Ini mungkin kurang berkenaan kerana iklan ini bukan berdasarkan minat anda.

 Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Perkhidmatan IBA, sila rujuk Notis Privasi Perkhidmatan IBA di bahagian bawah Notis Privasi ini.

 

PSID

 Sejarah tontonan Smart TV anda dan maklumat penggunaan yang dikumpulkan bagi tujuan menyediakan iklan berdasarkan minat akan dipautkan dengan pengecam peranti rawak, tidak berulang-ulang dan boleh ditetapkan semula yang dikenali sebagai ID Perkhidmatan Diperibadikan atau “PSID”. 

Anda boleh menetapkan semula PSID anda pada bila-bila masa dengan melawat menu aturan pada Smart TV anda dan sebaik sahaja ditetapkan semula, sejarah tontonan Smart TV dan maklumat penggunaan Smart TV anda berhubung dengan iklan berdasarkan minat akan dinyahpaut daripada PSID sebelumnya. Harus diingat bahawa jika anda  menetapkan semula PSID anda, kualiti iklan berdasarkan minat dan tersuai mungkin tidak ditala dengan baik.

 Pengecaman Suara

 Anda boleh mengawal Smart TV anda dan menggunakan banyak ciri pada peranti tersebut dengan perintah suara. Jika anda membolehkan Pengecaman Suara, anda boleh berinteraksi dengan Smart TV anda menggunakan suara anda. Untuk menyediakan ciri Pengecaman Suara, perintah suara anda akan dihantar (bersama dengan maklumat tentang  roduk anda, termasuk pengecam peranti) kepada kami dan akan menukarkan perintah suara anda kepada teks untuk menyediakan ciri Pengecaman Suara. Selain itu, Samsung mungkin akan mengumpulkan perintah suara dan teks yang dikaitkan supaya kami boleh menilai serta memperbaiki ciri tersebut. Samsung akan mengumpulkan perintah suara  anda hanya apabila anda membuat permintaan carian khusus kepada Smart TV dengan mengklik butang pengaktifan sama ada pada alat kawalan jauh atau skrin dan bercakap ke dalam mikrofon pada alat kawalan jauh.

 Jika anda tidak mendayakan Pengecaman Suara, maka anda tidak boleh menggunakan ciri pengecaman suara.  

Anda boleh melumpuhkan pengumpulan data Pengecaman Suara pada bila-bila masa dengan melawat menu “aturan”. Walau bagaimanapun, ini akan menghalang anda daripada menggunakan ciri Pengecaman Suara.  

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Pengecaman Suara, sila rujuk Notis Privasi Pengecaman Suara di bahagian bawah Notis Privacy ini.

 Pihak Ketiga

 Harap maklum bahawa apabila anda menonton video atau mengakses aplikasi atau kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga, pembekal tersebut mungkin akan mengumpulkan atau menerima maklumat tentang Smart TV anda (cth. alamat IP peranti tersebut dan pengecam peranti), transaksi yang diminta (cth. permintaan anda untuk membeli atau menyewa video) dan penggunaan anda bagi aplikasi atau perkhidmatan tersebut. Samsung tidak bertanggungjawab bagi privasi atau amalan keselamatan pembekal ini. Anda harus berjaga-jaga dan menyemak pernyataan privasi yang berkenaan dengan tapak web dan perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan.

 Ciri Khusus Negara

 Harap maklum bahawa satu atau lebih ciri yang diterangkan dalam Notis Privasi Smart TV ini mungkin tidak tersedia kepada anda, bergantung pada tempat tinggal anda.

 

 

NOTIS PRIVASI - PERKHIDMATAN PENGECAMAN SUARA

 

Tarikh Berkuat Kuasa: Mac 30, 2018

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dan sekutu kami (“Samsung” atau “Kami”) serta syarikat sekutunya menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Notis Privasi ini diterima pakai untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan Pengecaman Suara (“Perkhidmatan Suara”). Notis Privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten atau bercanggah antara terma Notis Privasi ini dengan Dasar Privasi, terma Notis Privasi ini akan mengatasi Dasar Privasi.

Perkhidmatan Suara ialah perkhidmatan yang menyediakan keupayaan untuk pengguna mencari dan menonton kandungan serta mengurus dunia mereka melalui produk Samsung dengan hanya menggunakan suara mereka. Ciri ini termasuk pemprosesan bahasa semula jadi dalam carian kandungan dan kawalan Samsung Smart TV mereka; Internet, cuaca dan yang diharapkan oleh pengguna perkhidmatan lain daripada Samsung Smart TV mereka.

Bergantung pada bahasa yang anda pilih, anda boleh menggunakan dan menikmati ciri pengecaman suara yang dipertingkatkan, iaitu Bixby. Apabila Bixby diaktifkan, anda boleh mengesahkannya melalui ikon, tajuk rentang atau tanda lain pada skrin Samsung Smart TV.

Notis Privasi ini menyediakan lagi maklumat khusus tentang cara data peribadi anda digunakan berhubung dengan Perkhidmatan Suara dan harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi Samsung, yang juga berkenaan dengan penerimaan anda bagi Perkhidmatan Suara tersebut dan boleh ditemui di http://www.samsung.com/my/info/privacy/.

Dalam Notis Privasi ini, kami menerangkan jenis maklumat yang dikumpulkan melalui Perkhidmatan Suara, cara kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, tempoh kami menyimpan maklumat tersebut, dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat tersebut dan pilihan yang ada kepada anda mengenai penggunaan kami bagi maklumat tersebut  dan melaksanakan hak anda. Kami juga menerangkan langkah yang kami ambil untuk melindungi maklumat tersebut dan memberitahu anda cara untuk menghubungi kami tentang amalan privasi kami.  

Maklumat yang Kami Peroleh

 Melalui Perkhidmatan Suara, kami mungkin memperoleh maklumat tentang diri anda dengan pelbagai cara. Jenis maklumat peribadi yang kami peroleh termasuk:

·               Maklumat Samsung account (Pilihan). Apabila anda log masuk ke Samsung account pada Smart TV anda, kami mungkin mengumpulkan maklumat yang dikaitkan dengan Samsung account anda yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan Suara, seperti nama, alamat e-mel dan ID Samsung account anda.

·               Interaksi Perkhidmatan Suara. Kami mungkin mengumpulkan maklumat yang anda kongsikan dengan Perkhidmatan Suara melalui interaksi anda dengan Perkhidmatan tersebut, termasuk rakaman perintah suara anda (seperti soalan, permintaan dan arahan anda), gambar anda, interaksi sentuhan anda dan input lain serta maklumat yang anda terima daripada Perkhidmatan itu (seperti respons, jawapan dan kandungan). Kami juga mungkin akan memperoleh maklumat lain yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan Suara anda, termasuk maklumat (seperti maklumat yang berkaitan dengan aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati dan entri kalendar, penanda buku
dan kandungan serta data daripada aplikasi, tapak web dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga yang lain) yang kami terima daripada aplikasi dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga yang lain yang diakses atau digunakan oleh Perkhidmatan Suara untuk menyediakan Perkhidmatan (seperti penstriman muzik dan cuaca) kepada anda.

·               Data Geolokasi. Kami mungkin menerima geolokasi Produk anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan lokasi anda melalui maklumat poskod yang disimpan dalam TV yang boleh diperoleh melalui alamat IP anda atau melalui input anda bagi tujuan tertentu,seperti menyediakan Perkhidmatan kepada anda.

·               Maklumat Produk dan Aplikasi. Kami mungkin mengumpulkan maklumat melalui kaedah automatik tentang peranti yang Perkhidmatan Suara anda, seperti model Produk, versi OS, konfigurasi dan aturan peranti, alamat IP dan pengecam peranti serta pengecam unik lain. Selain itu, kami mungkin memperoleh maklumat tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan peranti didayai Perkhidmatan Suara anda, termasuk penggunaan Perkhidmatan Suara serta aplikasi dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga pada peranti tersebut (seperti penyenaraian aplikasi pada Produk anda, muzik yang dimainkan pada Produk anda, tapak web yang anda lawati dan carian yang anda lakukan).

 Pelayan Samsung mungkin akan menerima maklumat semasa anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Suara, seperti maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan Suara anda, interaksi anda dengan Perkhidmatan Suara, geolokasi anda dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan Suara.  

Jika anda tidak menyediakan data peribadi kepada kami, maka kami tidak boleh menyediakan semua ciri yang tersedia melalui Perkhidmatan Suara kepada anda.    

Cara Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Peroleh

 Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami peroleh melalui Perkhidmatan Suara tersebut untuk:

 ·               menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda, seperti memberi respons kepada permintaan, soalan dan arahan anda yang dibuat melalui Perkhidmatan Suara;

·               mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda dapat menggunakan Perkhidmatan Suara;

·               memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda dengan Perkhidmatan Suara, seperti menghantar kandungan dan respons yang disesuaikan dengan pengguna kami dan cara mereka berinteraksi dengan Perkhidmatan Suara;

·               dengan persetujuan berasingan anda, berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan anda dengan pemberitahuan, kandungan, peringatan, tawaran, promosi, maklumat pemasaran, komunikasi dan iklan;

·               memberi respons kepada permintaan dan pertanyaan anda;

·               mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk pembangunan produk baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami; mengurus komunikasi kami; menganalisis produk, asas pelanggan dan perkhidmatan kami; menjalankan penyelidikan pasaran; melakukan analisis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);

·               membolehkan anda berinteraksidan menggunakan aplikasi serta perkhidmatan pihak ketiga tertentu;

·               melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain; dan

·               mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan dan dasar kami, termasuk Notis Privasi ini dan Dasar Privasi Samsung .

 Melalui Perkhidmatan Suara, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang aktiviti dalam talian anda pada Produk yang didayai Perkhidmatan Suara dari semasa ke semasa dan merentas aplikasi, tapak web pihak ketiga dan perkhidmatan dalam talian lain. Kami mungkin akan menggunakan perkhidmatan analitis pihak ketiga lain pada perkhidmatan kami. Pembekal yang mentadbir perkhidmatan analitis ini membantu kami menganalisis penggunaan anda bagi Perkhidmatan dan memperbaiki Perkhidmatan kami. Maklumat yang kami peroleh mungkin akan didedahkan atau dikumpulkan secara langsung oleh pembekal ini dan pihak ketiga lain yang berkenaan, yang menggunakan  maklumat tersebut, sebagai contoh, untuk menilai penggunaan Perkhidmatan tersebut, membantu menyediakan Perkhidmatan tersebut dan mendiagnosis isu teknikal.

 Samsung memproses data peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. Asas undang-undang Samsung untuk memproses data peribadi termasuk pemprosesan yang: perlu bagi melaksanakan kontrak antara anda dengan Samsung (sebagai contoh, untuk menyediakan anda dengan Perkhidmatan tersebut dan untuk mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda boleh menggunakan Perkhidmatan tertentu); perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang (sebagai contoh, untuk mematuhi peraturan perakaunan yang berkenaan dan membuat pendedahan wajib kepada penguatkuasaan undang-undang); perlu bagi kepentingan Samsung yang sah (sebagai contoh, untuk mengurus hubungan kami  dengan anda dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut); dan berdasarkan persetujuan oleh pelanggan kami (sebagai contoh, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan maklumat pemasaran kepada anda), yang mungkin boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian “Cara untuk Menghubungi Kami” dalam Notis Privasi ini tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik.

 Perkongsian Maklumat

 Kami tidak mendedahkan maklumat peribadi tentang anda melalui Perkhidmatan tersebut kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi dan Polisi Privasi ini. Ahli terhad pasukan Perkhidmatan Suara dalam Samsung boleh mengakses dan memproses data peribadi berhubung dengan tanggungjawab pekerjaan atau kewajipan berkontrak mereka.  Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan subsidiari serta sekutu kami dan pembekal perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan untuk kami. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan kami untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat tersebut kecuali diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami  atau mematuhi keperluan undang-undang.

 Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Suara untuk mengakses atau berinteraksi dengan aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga, kami mungkin menghantar maklumat peribadi tertentu kepada pembekal aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga seumpama itu untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta kepada anda. Contoh maklumat ini mungkin termasuk perintah suara yang anda buat untuk mengendalikan aplikasi dan perkhidmatan ini, geolokasi anda dan data lokasi lain serta data lain yang membantu mengadakan perkhidmatan yang anda minta. Pihak ketiga ini juga mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tertentu secara langsung daripada Produk anda melalui Perkhidmatan Suara. Samsung tidak bertanggungjawab bagi amalan privasi atau keselamatan pembekal pihak ketiga ini. Amalan privasi dan keselamatan pembekal yang berkenaan, termasuk butiran tentang maklumat yang diterima oleh mereka daripada kami atau yang dikumpulkan mengenai anda, adalah tertakluk pada pernyataan privasi pihak ini, yang kami sangat syorkan agar anda semak.

 Samsung, subsidiari dan sekutu kami, serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai anda (1) jika kami diperlukan berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang (seperti perintah mahkamah atau subpoena); (2) sebagai respons kepada permintaan agensi kerajaan, seperti pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang; (3) untuk menetapkan, menggunakan atau mempertahankan hak undang-undang kami; (4) apabila kami mempercayai bahawa pendedahan diperlukan atau wajar untuk mencegah kemudaratan fizikal atau kemudaratan lain atau kerugian kewangan; (5) berhubung dengan penyiasatan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar; (6) sekiranya kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula, pembubaran atau pelupusan); atau (7) dengan persetujuan anda.

Penyimpanan Data Peribadi

Data peribadi akan disimpan hanya selagi diperlukan bagi tujuan yang di mana ia dikumpulkan, atau sepertimana di bawah sebarang kontrak, atau mengikut undang-undang.

Pilihan Anda

 Anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan Suara pada bila-bila masa dengan melawat menu aturan, walau bagaimanapun, tindakan ini mungkin akan menghalang anda daripada menggunakan Perkhidmatan Suara.

 Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi

Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi yang kami peroleh melalui Perkhidmatan tersebut daripada dimusnahkan, diganggu, hilang, diubah suai, diakses, didedah atau digunakan secara tidak sengaja, menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran. Samsung juga mengadakan  prosedur yang munasabah untuk membantu dalam memastikan data seumpama itu boleh dipercayai bagi kegunaan sepatutnya dan adalah tepat, lengkap dan terkini. 

Kemas kini kepada Notis Privasi Kami

Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Perkhidmatan tersebut atau perubahan pada undang-undang yang berkenaan. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami dan/atau peranti anda untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan penting pada Notis Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas notis tersebut kali terakhir notis itu dikemas kini.

 Cara untuk Menghubungi Kami

Untuk menanyakan soalan tentang Notis Privasi ini, sila hubungi kami di:

Pegawai Perlindungan Data

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd

Suite E-09-01, Level 9, East Wing

ICON Jalan Tun Razak

No. 1, Jalan 1/68F

50400 Kuala Lumpur

Tel No.: +603-2165 0000

 

Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/

 

 

 

NOTIS PRIVASI - PERKHIDMATAN IKLAN BERDASARKAN MINAT

 

Tarikh Berkuat Kuasa: Mac 30, 2018

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dan sekutu kami (“Samsung” atau “Kami”) serta syarikat sekutunya menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Notis Privasi ini diterima pakai untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat (“Perkhidmatan IBA”). 

Notis Privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten atau bercanggah antara terma Notis Privasi ini dengan Dasar Privasi, terma Notis Privasi ini akan mengatasi Dasar Privasi.

 Dalam Notis Privasi ini, kami menerangkan jenis maklumat yang digunakan melalui Iklan Berdasarkan Minat, cara kami menggunakan maklumat tersebut, tempoh kami menyimpan maklumat tersebut, dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut dan pilihan yang ada untuk anda mengenai penggunaan kami bagi maklumat tersebut dan pelaksanaan hak anda. Kami juga menerangkan langkah yang kami ambil untuk melindungi maklumat tersebut dan memberitahu anda cara untuk menghubungi kami tentang amalan privasi kami.

 Apakah itu Perkhidmatan IBA?

 Perkhidmatan IBA direka untuk menyediakan keupayaan bagi memperoleh dan menonton iklan berdasarkan minat yang berguna dan interaktif tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga pada Samsung Smart TV anda atau pada pelbagai platform atau peranti Samsung atau pihak ketiga, termasuk komersial linear  pada web, peranti mudah alih dan tablet.

 Untuk menjadikan pengiklanan pada Produk anda lebih berkenaan kepada anda, Perkhidmatan IBA akan bergantung pada sejarah tontonan TV anda (termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada Samsung Smart TV anda dan jumlah masa menonton program tersebut), maklumat penggunaan  Samsung Smart TV dan data statistik lain yang diperoleh daripada sumber data pihak ketiga yang dipercayai. Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.  

Berdasarkan maklumat di atas, kami mencipta kumpulan pemilik Samsung Smart TV yang berkongsi minat yang sama dan menggunakan kumpulan ini untuk Perkhidmatan IBA. Maklumat di atas digunakan untuk menentukan kumpulan yang dibahagikan kepada Samsung Smart TV anda dan dengan demikian, iklan yang diterima oleh Produk anda.

 

PSID

 Maklumat tentang penggunaan peranti mudah alih anda yang dikumpulkan bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan IBA akan dipautkan dengan pengecam peranti rawak, tidak berulang-ulang dan boleh ditetapkan semula yang dikenali sebagai PSID. Anda boleh menetapkan semula PSID anda seperti yang dinyatakan dalam bahagian Pilihan Anda dalam Notis Privasi ini.

 Maklumat yang Kami Peroleh

 Melalui Perkhidmatan IBA, kami memperoleh maklumat tentang Produk anda dengan pelbagai cara. Jenis maklumat yang kami peroleh termasuk:

 ·               Maklumat Produk. Kami mengumpulkan maklumat seperti model peranti, versi sistem operasi, konfigurasi dan aturan peranti, alamat IP, pengecam peranti anda serta pengecam unik lain.

·               Maklumat Penggunaan dan Log Produk. Kami mengumpul maklumat tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan peranti anda, termasuk interaksi anda dengan Perkhidmatan IBA dan Samsung serta aplikasi dan perkhidmatan Samsung serta pihak ketiga pada peranti tersebut (seperti penyenaraian aplikasi pada peranti anda).

·               Maklumat Tontonan. Kami mengumpulkan sejarah tontonan TV anda. Sejarah tontonan TV anda termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada Samsung Smart TV anda dan jumlah masa menonton program tersebut. Kami mungkin menggunakan ACR dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV ini.

·               Maklumat Statistik. Kami mungkin akan menggunakan maklumat statistik tentang anda atau Produk anda seperti lokasi secara umum dan kumpulan usia yang dianggarkan. Kami memperoleh maklumat statistik ini daripada sumber yang tersedia secara komersial (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang) seperti pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami. Kami bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang hanya memastikan maklumat ini telah diperoleh mengikut undang-undang yang diterima pakai dan boleh disediakan kepada kami untuk penggunaan dan pendedahan.  

Pelayan Samsung mungkin akan menerima maklumat semasa anda berinteraksi dengan Perkhidmatan IBA, seperti maklumat tentang interaksi anda dengan Perkhidmatan IBA, geolokasi anda dan Produk yang anda gunakan untuk menerima Perkhidmatan IBA tersebut. Jika anda tidak menyediakan data peribadi kepada kami, maka kami tidak boleh  menyediakan semua ciri yang tersedia melalui Perkhidmatan IBA kepada anda.

 Cara Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Peroleh 

Kami menggunakan maklumat yang kami peroleh melalui Perkhidmatan IBA untuk:

·               menyediakan Perkhidmatan IBA kepada anda;

·               menambah baik dan menyesuaikan pengalaman anda dengan Perkhidmatan IBA;

·               dengan persetujuan berasingan anda, untuk berkomunikasi dengan anda melalui e-mel dan pemberitahuan tolak tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga yang disesuaikan dengan minat anda;

·               memberi respons kepadapermintaan dan pertanyaan anda;

·               mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk pembangunan produk baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami; mengurus komunikasi kami; menganalisis produk, asas pelanggan dan perkhidmatan kami; menjalankan penyelidikan pasaran; melakukan analisis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);

·               melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain; dan

·               mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan dan dasar kami, termasuk Notis Privasi ini, Dasar Privasi Samsung.

 Samsung memproses data peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. Asas undang-undang Samsung untuk memproses data peribadi termasuk pemprosesan yang: perlu bagi melaksanakan kontrak antara anda dengan Samsung (sebagai contoh, untuk menyediakan anda dengan Perkhidmatan IBA dan untuk mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda boleh menggunakan Perkhidmatan tertentu); perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang (sebagai contoh, untuk mematuhi peraturan perakaunan yang berkenaan dan membuat pendedahan wajib kepada penguatkuasaan undang-undang); perlu bagi kepentingan Samsung yang sah (sebagai contoh, untuk mengurus hubungan kami dengan anda dan memperbaiki Perkhidmatan IBA); dan berdasarkan persetujuan oleh pelanggan kami (sebagai contoh, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan anda dengan maklumat pemasaran), yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan melawati menu aturan seperti yang dinyatakan dalam bahagian Pilihan Anda dalam Notis Privasi ini tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik.

 Perkongsian Maklumat

 Kami tidak mendedahkan maklumat peribadi tentang anda melalui Perkhidmatan IBA, kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan Dasar Privasi. Ahli terhad pasukan Perkhidmatan Pengiklanan dalam Samsung boleh mengakses dan memproses data peribadi berhubung dengan tanggungjawab pekerjaan atau kewajipan berkontrak mereka. Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan subsidiari serta sekutu kami dan pembekal perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan untuk kami. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan kami untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat tersebut kecuali diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang.

 Samsung, subsidiari dan sekutu kami, serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai anda (1) jika kami diperlukan berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang (seperti perintah mahkamah atau subpoena); (2) sebagai respons kepada permintaan agensi kerajaan, seperti pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang; (3) untuk menetapkan, menggunakan atau mempertahankan hak undang-undang kami; (4) apabila kami mempercayai bahawa pendedahan diperlukan atau wajar untuk mencegah kemudaratan fizikal atau kemudaratan lain; (5) berhubung dengan penyiasatan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar; (6) sekiranya kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula, pembubaran atau pelupusan); atau (7) dengan persetujuan anda.

 Penyimpanan Data Peribadi

 Data peribadi akan disimpan hanya selagi diperlukan bagi tujuan yang di mana ia dikumpulkan,  atau sepertimana di bawah sebarang kontrak, atau mengikut undang-undang.  

Pilihan Anda

Anda boleh menetapkan semula PSID anda pada bila-bila masa dengan melawat menu aturan dan sebaik sahaja ditetapkan semula, sejarah tontonan TV dan maklumat penggunaan Smart TV anda akan dinyahpaut daripada PSID sebelumnya. Harus diingat bahawa jika anda menetapkan semula PSID anda, kualiti Perkhidmatan IBA mungkin akan terjejas.

Selain itu, anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan IBA pada bila-bila masa dengan melawati menu aturan pada Samsung Smart TV anda.

 Harap maklum bahawa pilihan privasi anda berhubung dengan Perkhidmatan IBA tidak akan menjejaskan sama ada anda menerima atau dihidangkan dengan iklan dan pemasaran jenis lain yang tidak berdasarkan sejarah tontonan TV atau maklumat penggunaan Samsung Smart TV secara khusus. Iklan dan pemasaran jenis lain itu akan berdasarkan maklumat lain seperti lokasi secara umum dan maklumat anggaran atau andaian lain. Ini mungkin kurang berkenaan kerana iklan ini bukan berdasarkan minat anda.

 Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi

 Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi yang kami peroleh melalui Perkhidmatan IBA tersebut daripada dimusnahkan, diganggu, hilang, diubah suai, diakses, didedah atau digunakan secara tidak sengaja, menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran. Samsung juga mengadakan prosedur yang munasabah untuk membantu dalam memastikan data seumpama itu boleh dipercayai bagi kegunaan sepatutnya dan adalah tepat, lengkap dan terkini.

 Kemas kini kepada Notis Privasi Kami

 Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Perkhidmatan IBA tersebut atau perubahan pada undang-undang yang diterima pakai. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami dan/atau peranti anda untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan penting pada Notis Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas notis tersebut kali terakhir notis itu dikemas kini.

 Cara untuk Menghubungi Kami

 Untuk menanyakan soalan tentang Notis Privasi ini, sila hubungi kami di:

 Pegawai Perlindungan Data

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd

Suite E-09-01, Level 9, East Wing

ICON Jalan Tun Razak

No. 1, Jalan 1/68F

50400 Kuala Lumpur

Tel No.: +603-2165 0000

 Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/

 

 

 

NOTIS PRIVASI–PERANTI MUDAH ALIH

 

Peranti mudah alih, sesuai dipakai dan teknologi lain yang berkaitan dan perkhidmatan Samsung (secara kolektif, “Peranti Mudah Alih” kami) menawarkan pelbagai ciri termasuk yang membenarkan pengguna untuk memantau dan menambah baik kecergasan dan kesejahteraan mereka, menambah baik pengalaman pengguna mereka, membuat
bayaran mudah alih dan mengawal Peranti Mudah Alih mereka dengan perintah suara. Apabila anda menggunakan Peranti Mudah Alih kami, kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan menyimpan maklumat anda dengan cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi Samsung. Maklumat tambahan ini memberi butiran tambahan tentang cara kami menggunakan maklumat itu untuk menyediakan ciri Peranti Mudah Alih kami. Notis Privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi di https://www.samsung.com/my/info/privacy. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten atau bercanggah antara terma Notis Privasi ini dengan Dasar Privasi, terma Notis Privasi ini akan mengatasi Dasar  Privasi.

 Maklumat Standard tentang penggunaan Peranti Mudah Alih anda

 Apabila anda mengaktifkan Peranti Mudah Alih anda atau menggunakan ciri peranti tersebut yang bersambung dengan Internet, maklumat akan dikumpulkan. Ini termasuk maklumat tentang Peranti Mudah Alih anda, seperti alamat IP, versi OS, aturan serantau dan bahasa serta IMEI dan pengecam peranti unik yang lain. Ini juga termasuk maklumat  tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan Peranti Mudah Alih anda. Seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi, kami menggunakan maklumat standard tentang Peranti Mudah Alih anda untuk tujuan operasi, penyelenggaraan dan penambahbaikan dan mungkin akan berkongsi maklumat standard tentang Peranti Mudah Alih anda dengan rakan niaga seperti pembawa wayarles anda atau dengan pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami.

 Pihak Ketiga

 Harap maklum bahawa apabila anda menggunakan ciri yang disediakan oleh pihak ketiga, termasuk pembawa wayarles anda, pembekal tersebut mungkin akan mengumpulkan atau menerima maklumat tentang Peranti Mudah Alih anda (cth. alamat IP peranti tersebut dan pengecam peranti), transaksi yang diminta (cth. permintaan anda untuk membeli atau menyewa kandungan) dan penggunaan anda bagi aplikasi atau perkhidmatan tersebut. Samsung tidak bertanggungjawab bagi privasi atau amalan keselamatan pembekal ini. Anda harus berjaga-jaga dan menyemak pernyataan privasi yang berkenaan dengan tapak web dan perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan.  

Ciri Khusus

 Harap maklum bahawa satu atau lebih ciri yang diterangkan dalam Maklumat tambahan ini mungkin tidak tersedia kepada anda, bergantung pada versi model anda, pembekal perkhidmatan anda atau tempat tinggal anda. 

Samsung Health

 Aplikasi Samsung Health, aplikasi yang disambungkan dan aksesori yang berkaitan (secara kolektif “Samsung Health”) ialah teman semua dalam satu yang direka untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat. Dengan Samsung Health, anda boleh menjejaki aktiviti anda setiap hari; mendapat tunjuk ajar untuk mencapai matlamat kecergasan harian anda; dan mengukur serta mengurus faktor seperti kadar jantung, paras SpO2 dan stres anda.

 Tujuan pemprosesan data bagi Samsung Health adalah untuk menyediakan perkhidmatan atau ciri yang anda minta, termasuk sandaran data dan menyegerakkan perkhidmatan untuk pengguna Samsung account, untuk menyediakan analisis data dan statistik bagi meningkatkan kesejahteraan anda serta menambah baik Samsung Health itu sendiri dan perkara yang ditawarkan. Data boleh dikumpulkan melalui sensor pada Peranti Mudah Alih anda atau apabila anda memasukkan data anda sendiri ke dalam Peranti Mudah Alih yang berkenaan, atau aplikasi atau aksesori yang berkenaan.

 Maklumat lanjut tentang cara kami memproses maklumat anda diterangkan dalam Notis Privasi Samsung Health, yang boleh dilihat dalam menu Aturan aplikasi Samsung Health.

Samsung Social

 Samsung Social (sebelum ini dinamakan sebagai Ciri yang Dipertingkatkan) ialah sekumpulan perkhidmatan yang direka untuk memudahkan dan memperbaiki cara anda boleh berkongsi dan berhubung dengan rakan anda. Dengan ciri yang ada pada masa ini sebagai contoh, anda boleh berkongsi profil anda dan melihat imej daripada rakan anda; dan berkongsi fail dan kandungan dengan mudah bersama rakan anda dalam Kenalan. Untuk menyediakan ciri ini, kami perlu mengumpulkan nama, maklumat nombor telefon daripada senarai kenalan anda dan akses kepada kandungan yang anda bakal kongsi dengan rakan anda.

 Anda mempunyai pilihan untuk melumpuhkan ciri ini secara keseluruhan atau sebaliknya, anda boleh memilih perkhidmatan yang ingin anda gunakan, dengan melawati Aturan Samsung account anda dalam Peranti Mudah Alih anda atau aplikasi yang menggunakan ciri Samsung Social. 

Selain itu, berdasarkan cara anda memilih untuk menggunakan Samsung Social, anda boleh memilih kategori data yang akan anda kongsi, serta rakan yang ingin anda kongsi.  

Samsung Pay

 Samsung Pay ialah cara mudah dan selamat untuk membuat pembelian kad debit dan kredit menggunakan Peranti Mudah Alih anda yang serasi. Untuk menggunakan Samsung Pay dan memulakan proses pendaftaran kad, data pengenalan dan pengesahan akan diserahkan kepada bank anda daripada Peranti Mudah Alih anda. Ini termasuk maklumat Samsung account dan data penggunaan Samsung Pay, maklumat peranti, maklumat lokasi (iaitu tempat anda berada apabila anda mendaftarkan kad anda) sekiranya aturan Lokasi dibolehkan dan maklumat kad serta alamat pengebilan, yang dihantar kepada pengeluar kad anda/bank dan rangkaian pembayaran yang relevan. Tiada maklumat debit, kredit atau kad prabayar atau maklumat akaun disimpan pada pelayan kami dan maklumat telah disulitkan ia tidak boleh dibaca atau diakses oleh kami semasa transit kepada pengeluar kad anda /bank dan rangkaian pembayaran.  

Sebaik sahaja Peranti Mudah Alih anda telah didaftarkan, semua data transaksi dihantar dengan selamat antara Peranti Mudah Alih anda dan pengeluar kad/ bank anda. Sejarah transaksi baru-baru ini tersedia pada Peranti Mudah Alih anda dan hanya anda, bank anda dan pengeluar kad anda yang mengetahui maklumat tersebut. Kami tidak mengumpulkan  sebarang maklumat tentang transaksi yang anda buat, peranti atau akaun yang anda gunakan untuk membuat transaksi. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan menyatukan dan menghilangkan nama pada maklumat yang dikumpulkan mengenai usaha anda untuk membuat pembelian menggunakan Samsung Pay bagi memahami cara orang menggunakan Samsung Pay supaya kami boleh membuat penambahbaikan dan menjadikan Samsung Pay lebih mudah dan berguna bagi pelanggan kami. 

Maklumat lanjut tentang cara kami memproses maklumat anda diterangkan dalam Notis Privasi Samsung Pay, yang boleh dilihat dalam menu Aturan aplikasi Samsung Pay.

Perkhidmatan Suara

Anda boleh mengawal Peranti Mudah Alih anda dan menggunakan banyak ciri pada peranti tersebut dengan perintah suara. Bergantung pada model dan rantau anda, anda boleh mengarah Peranti Mudah Alih anda untuk mengaktifkan ciri tertentu seperti memainkan lagu daripada senarai main atau menjalankan carian web menggunakan S Voice. Selanjutnya, anda boleh mengawal semua yang telah anda lakukan dengan antara muka sentuhan menggunakan perintah suara dengan Bixby. Anda juga boleh menerima sokongan terjemahan bahasa melalui S Translator, mengimlakkan memo melalui Memo Suara atau mengaktifkan ciri sambil memandu dengan bercakap dengan Peranti Mudah Alih selepas membolehkan Mod Kereta.

Untuk menyediakan Perkhidmatan Suara, sesetengah perintah suara mungkin akan dihantar (bersama dengan maklumat tentang peranti anda dan penggunaan peranti tersebut, termasuk pengecam peranti) kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menukarkan perintah suara anda kepada teks. Selain itu, Samsung mungkin akan mengumpulkan dan peranti anda mungkin akan merakam perintah suara dan teks yang dikaitkan supaya kami boleh menyediakan anda dengan Perkhidmatan Suara dan menilai serta memperbaiki ciri.

 ID Pengiklanan Samsung

 Untuk menjadikan kandungan dan iklan pada Peranti Mudah Alih anda lebih berkenaan dengan anda, kami akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda bagi Peranti Mudah Alih dan perkhidmatan anda. 

Maklumat tentang penggunaan Peranti Mudah Alih anda yang dikumpulkan bagi tujuan menyediakan pemasaran tersuai akan dipautkan dengan pengecam peranti rawak, tidak berulang-ulang dan boleh ditetapkan semula yang dikenali sebagai ID pengiklanan Samsung. Anda boleh menetapkan semula ID pengiklanan Samsung anda pada bila-bila masa  melalui menu Aturan pada Peranti Mudah Alih anda dan maklumat penggunaan anda sebelum ini berhubung dengan pemasaran tersuai akan dinyahpaut dan diasingkan daripada maklumat yang dikumpulkan di bawah ID pengiklanan Samsung baharu tersebut.

 Walau bagaimanapun, jika anda menetapkan semula ID pengiklanan Samsung anda, pemasaran tersuai mungkin tidak dapat diselarikan secara baik dengan minat peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima pemasaran tersuai pada bila-bila masa melalui menu Aturan dalam aplikasi perkhidmatan Samsung yang digunakan pada Peranti Mudah Alih anda. 

Akan tetapi, walaupun anda memilih untuk tidak menerima pemasaran tersuai, ini tidak akan menjejaskan sama ada anda menerima jenis iklan dan pemasaran lain atau tidak, pada Peranti Mudah Alih anda. Satu-satunya perbezaaan ialah iklan tersebut tidak akan berdasarkan maklumat penggunaan Peranti Mudah Alih anda.

 Sila ambil perhatian bahawa Samsung masih boleh mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Peranti Mudah Alih anda bagi tujuan lain seperti yang diterangkan dalam bahagian utama Dasar Privasi ini.

 

 

 

NOTIS PRIVASI – PRODUK PERCETAKAN DAN PENYALIN SAMSUNG

 

Produk percetakan dan penyalin Samsung kini merupakan sebahagian daripada keluarga produk HP. Sila rujuk Pernyataan Privasi HP di pautan berikut: www.hp.com/go/privacy.

 

[Bahasa Inggeris]: Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Polisi Privasi (atau Notis Privasi, sepertimana bersuaian) ini dan terjemahan bahasa tempatan yang sama, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi bahasa tempatan.