PRIVACY

Sorotan Dasar Privasi Samsung

Samsung Electronics tahu kepentingan privasi kepada pelanggan kami. Kami mahu memastikan anda memahami cara kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda pada semua Produk dan perkhidmatan Samsung kami, dari telefon mudah alih dan tablet ke TV, perkakas rumah (secara kolektif, “Produk”), dan tapak web, aplikasi, perkhidmatan, pertandingan, tinjauan, penebusan, pemasaran, promosi, pendaftaran waranti, sokongan selepas jualan, sokongan pembaikan, perkhidmatan dalam talian dan perkhidmatan lain yang merujuk atau menghubungkan kepada Dasar Privasi (secara kolektif, "Perkhidmatan" ).Walaupun Dasar Privasi ini diterima pakai untuk Produk dan Perkhidmatan kami, kami juga akan menyediakan maklumat tambahan tentang privasi yang berkaitan dengan perkhidmatan tertentu, jika perlu.

 

GAMBARAN KESELURUHAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami mengumpul maklumat peribadi yang anda sediakan secara langsung, maklumat tentang cara anda menggunakan Produk dan Perkhidmatan kami dan maklumat daripada sumber pihak ketiga. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan kepada anda, memahami cara anda menggunakan Produk dan Perkhidmatan kami supaya kami dapat memperbaiki dan memperibadikan pengalaman anda dan membangunkan aplikasi, teknologi dan kandungan yang paling berkaitan untuk pelanggan kami. Kami juga menggunakan maklumat peribadi untuk menyediakan pengiklanan tersuai yang disesuaikan dengan minat anda.

 

BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat bersekutu Samsung Electronics, serta dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak Samsung Electronics. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat rakan kongsi yang dipercayai, seperti penyedia perkhidmatan mudah alih atau syarikat insurans, yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta kepada anda dan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang anda mungkin berminat. Kami berkongsi maklumat peribadi dengan agensi penguatkuasaan undang-undang apabila diperlukan oleh undang-undang atau untuk melindungi Samsung Electronics dan penggunanya.

Dasar Privasi

English | Bahasa Malaysia

  • Skop

    Tarikh Berkuat kuasa: 31 Mac 2020

    Dasar Privasi ini diterima pakai untuk semua Produk dan perkhidmatan Samsung kami, dari telefon mudah alih dan tablet ke TV, perkakas rumah (secara kolektif, “Produk”), dan tapak web, aplikasi, perkhidmatan, pertandingan, tinjauan, penebusan, pemasaran, promosi, pendaftaran waranti, sokongan selepas jualan, sokongan pembaikan, perkhidmatan dalam talian dan perkhidmatan lain (secara kolektif, "Perkhidmatan" ).

    Ia adalah penting untuk anda memeriksa kembali secara kerap bagi kemas kini Dasar Privasi. Kami mungkin akan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Produk dan Perkhidmatan tersebut atau perubahan pada undang-undang yang berkenaan. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami atau pada Produk anda untuk memaklumkan kepada anda lebih awal tentang perubahan penting pada Dasar Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas Dasar Privasi tersebut kali terakhir dasar itu dikemas kini. Versi Dasar Privasi paling terkini akan sentiasa disediakan di sini: https://www.samsung.com/my/info/privacy.

  • Samsung Electronics mengumpul maklumat peribadi anda dengan pelbagai cara.
    Maklumat yang Anda Berikan Secara Langsung
    Sesetengah Produk dan Perkhidmatan membolehkan anda untuk memberi kami maklumat secara langsung. Sebagai contoh:

    • Apabila anda mencipta akaun atau profil dengan kami, kami mungkin akan meminta maklumat seperti nama, tarikh lahir atau alamat e-mel anda.
    • Jika anda memesan produk atau perkhidmatan berbayar daripada kami, kami mungkin akan meminta nama, alamat, maklumat perhubungan dan maklumat penghantaran dan bayaran untuk memproses pesanan anda.
    • Untuk memberi respons apabila anda menghubungi Perkhidmatan Pelanggan, kami mungkin memerlukan maklumat untuk mengesahkan identiti anda dan Produk pertanyaan anda.
    • Apabila anda berkomunikasi dengan kakitangan Perkhidmatan Pelanggan kami atau pihak lain, komunikasi anda akan dihantar melalui sistem kami.
    • Jika anda berkongsi kenalan anda, kami akan mengumpulkan nombor telefon mereka dan maklumat perhubungan lain untuk memudahkan perkongsian fail dan pemesejan. Anda boleh mematikan atau mengehadkan ciri ini dalam Aturan pada Produk anda.

    Maklumat Tentang Penggunaan Anda bagi Perkhidmatan
    Selain maklumat yang anda berikan, kami akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda bagi Produk dan Perkhidmatan kami, sebagai contoh, melalui perisian pada Produk anda dan dengan cara lain. Kami akan mengumpulkan:

    • P• MaklumatProduk: Model perkakasan anda, maklumat perkakasan Produk, nombor IMEI dan pengecam Produk unik lain, nombor telefon, nombor siri, kod jualan, perakaman akses, maklumat perisian semasa, MCC (Kod Negara Mudah Alih), MNC (Kod Rangkaian Mudah Alih), alamat MAC, alamat IP, Android ID pengiklanan, kuki, piksel, maklumat langganan, versi sistem operasi dan aturan Produk yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan.
    • Maklumat log: Maklumat diagnostik, teknikal, ralat dan penggunaan seperti masa dan tempoh penggunaan anda bagi Perkhidmatan, istilah pertanyaan carian apabila anda memasukkan istilah carian ke dalam Produk anda berhubung dengan Perkhidmatan Samsung tertentu dan apa-apa maklumat yang disimpan dalam kuki yang telah kami tetapkan pada Produk anda.
    • Maklumat lokasi: Isyarat GPS Produk anda atau maklumat tentang titik akses Wi-Fi yang berdekatan dan stesen utama yang mungkin dihantar kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan tertentu dan mendayakan fungsi Lokasi.
    • Maklumat suara: Rakaman suara anda yang kami buat dan simpan pada pelayan kami apabila anda mendayakan fungsi ini dan menggunakan perintah suara untuk mengawal sesuatu Perkhidmatan atau apabila anda menghubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami. Harap maklum bahawa jika kami bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pertukaran ucapan-ke-teks bagi pihak kami, pembekal ini mungkin akan menerima dan menyimpan perintah suara tertentu mengikut kontrak yang dimeterai antara kami dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang dipercayai.
    • Maklumat Papan Kekunci Samsung: Perkataan yang anda taip apabila anda mendayakan Teks ramalan. Ciri ini mungkin ditawarkan berhubung dengan Samsung account anda untuk menyegerakkan data bagi penggunaan pada Produk Samsung anda yang lain. Anda boleh memadam data tersebut dengan pergi ke aturan Teks ramalan.
    • Maklumat Tontonan: Rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada Produk anda dan jumlah masa menonton program tersebut.
    • Maklumat lain tentang penggunaan anda bagi Produk dan Perkhidmatan, seperti aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati dan cara anda berinteraksi dengan kandungan yang ditawarkan melalui sesuatu Produk atau Perkhidmatan.

    Maklumat yang Dikongsi atau Tersedia secara Komersil atau kepada Umum
    Kadangkala kami mungkin mengumpulkan maklumat tentang kamu yang tersedia secara umum atau komersil, termasuk maklumat tentang kamu daripada rangkaian sosial pihak ketiga yang anda gunakan dan menggabungkan ini dengan maklumat lain tentang diri anda supaya kami dapat memahami keperluan, minat dan keutamaan anda dengan lebih baik lagi. Kadangkala kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang diri anda apabila orang lain menyediakan maklumat tersebut menggunakan Perkhidmatan kami, seperti nama dan maklumat perhubungan anda apabila orang lain menghantar mesej kepada anda atau berkongsi fail dengan anda.

    Maklumat Lain yang Kami Kumpulkan
    Kami juga mungkin akan mengumpulkan maklumat lain tentang diri anda, Produk anda atau penggunaan anda bagi Perkhidmatan yang anda bersetuju untuk hantar kepada kami.

    Analitis Pihak Ketiga
    Melalui Perkhidmatan tertentu, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang aktiviti dalam talian anda pada tapak web dan Produk yang disambungkan dari semasa ke semasa dan merentas tapak web, Produk dan aplikasi pihak ketiga serta ciri dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Kami mungkin akan menggunakan perkhidmatan analitis pihak ketiga pada Perkhidmatan tersebut, seperti Analitis Google. Pembekal perkhidmatan yang mentadbir perkhidmatan analitis ini membantu kami untuk menganalisis penggunaan anda bagi Perkhidmatan dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut. Maklumat yang kami peroleh mungkin akan didedahkan atau dikumpulkan secara langsung oleh pembekal ini dan pihak ketiga lain yang berkenaan, yang menggunakan maklumat tersebut, sebagai contoh, untuk menilai penggunaan Perkhidmatan tersebut, membantu mentadbir Perkhidmatan tersebut dan mendiagnosis isu teknikal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Analitis Google, sila lawati http://www.google.com/analytics/learn/privacy.html dan https://www.google.com/policies/privacy/partners/.

    Pilihan Anda
    Anda boleh memilih untuk tidak memberikan kami jenis maklumat tertentu, seperti maklumat yang diminta sebagai sebahagian daripada pendaftaran akaun Samsung. Dalam sesetengah keadaan, ini mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan beberapa Produk dan Perkhidmatan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjelaskan batasan ini apabila kami meminta maklumat anda supaya anda boleh membuat keputusan yang termaklum. Sebagai contoh, Samsung Cloud membolehkan anda untuk membuat sandaran maklumat anda dan mencipta titik pemulihan; walau bagaimanapun Samsung Cloud tidak direka atau bertujuan untuk menyimpan atau memproses maklumat peribadi sensitif.

  • Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan bagi tujuan yang berikut:

    • Untuk membantu anda atau Produk anda mendaftar bagi Perkhidmatan kami
    • Untuk menyediakan Perkhidmatan atau ciri yang anda minta;
    • Untuk menyediakan kandungan yang tersuai dan perkhidmatan peribadi berdasarkan aktiviti anda pada masa lalu pada Perkhidmatan kami;
    • Untuk menyediakan pengiklanan, promosi dan tawaran tersuai yang mungkin menarik minat anda pada tapak web kami, tapak web pihak ketiga dan platform dalam talian seperti tapak media sosial
    • Untuk menyediakan promosi dan tawaran dengan cara komunikasi pemasaran langsung, hanya apabila anda telah memberikan persetujuan berasingan anda kepada kami;
    • Untuk menganalisis produk dan perkhidmatan kami bagi membantu kami memahami pelanggan kami dengan lebih baik untuk menawarkan komunikasi, perkhidmatan dan pengalaman yang paling berkaitan kepada anda;
    • Untuk meminta pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan tinjauan pelanggan, dengan persetujuan berasingan anda jika diperlukan;
    • Untuk menyediakan kemas kini perisian, perkhidmatan penyelenggaraan, notis yang penting, dan sokongan bagi Produk anda;
    • Untuk mentadbir pertandingan, cabutan bertuah, penebusan atau promosi serupa yang anda masukkan, di mana anda telah memberikan kami persetujuan berasingan;
    • Untuk mematuhi undang-undang dan proses perundangan;
    • Untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Samsung Electronics atau mana-mana sekutu, rakan niaga atau pelanggan kami; dan
    • dengan persetujuan anda.

    Kami menggunakan dan menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan tentang diri anda daripada Produk Perkhidmatan kami atau sumber lain untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda. Sebagai contoh, anda bukan sahaja boleh menggunakan butiran Samsung account anda pada Perkhidmatan yang telah anda daftar tetapi juga pada Perkhidmatan lain yang menggunakan Samsung account. Kami juga menggunakan maklumat yang anda sediakan secara langsung atau melalui sumber lain seperti yang diterangkan di atas untuk menyediakan kandungan yang anda mungkin suka atau yang telah anda jadikan peribadi.

    Anda mempunyai pilihan tentang maklumat anda. Semak bahagian APAKAH HAK ANDA? untuk mengetahui lebih lanjut.

    Samsung memproses maklumat peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. Asas undang-undang Samsung untuk memproses maklumat peribadi termasuk memproses:
    (i) Supaya kami dapat menunaikan janji kami kepada anda, seperti menyediakan Perkhidmatan kepada anda
    (ii) Untuk menggalakkan kepentingan perniagaan kami (sebagai contoh, untuk mengurus hubungan kami dengan anda dan menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan anda), termasuk komunikasi pada tapak web kami, tapak web pihak ketiga dan platform dalam talian
    (iii) Untuk mematuhi undang-undang dan proses perundangan
    (iv) Dengan persetujuan anda (sebagai contoh, untuk menghantar komunikasi pemasaran langsung). Jika anda memberikan persetujuan, anda sentiasa boleh membatalkan persetujuan tersebut dengan mengikuti arahan berhenti langganan yang dimasukkan dalam komunikasi atau dengan mengubah tetapan anda untuk Perkhidmatan tertentu atau apabila kami memberikan notis tepat pada masa, atau dengan melawati halaman web yang berkaitan. Sila ambil perhatian bahawa berhenti melanggan komunikasi pemasaran daripada Produk atau Perkhidmatan mungkin tidak menghentikan semua iklan (termasuk iklan tersuai) yang disediakan oleh Samsung Electronics. Anda boleh terus menerima iklan dari Samsung Electronics jika anda telah bersetuju untuk menerima mereka dari Produk atau Perkhidmatan lain. Sila lawati menu tetapan dalam Produk atau Perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menarik keluar iklan tersebut dari Produk atau Perkhidmatan.

    [Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

    Samsung Electronics ialah pengawal data maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan di atas. Untuk beberapa komunikasi pemasaran langsung dan beberapa pengiklanan tersuai di Eropah, Samsung Electronics (UK) Limited, yang terletak di United Kingdom, juga merupakan pengawal data maklumat peribadi anda. Beberapa subsidiari Samsung Eropah kami juga memproses maklumat peribadi anda di negara lain. Apabila berkenaan, subsidiari Samsung Eropah mempunyai Dasar Privasi tempatannya sendiri pada tapak webnya untuk menjelaskan perkara ini.

  • Kami akan mendedahkan maklumat anda secara dalaman dalam perniagaan kami, tetapi hanya kepada mereka yang memerlukan maklumat tersebut untuk menyediakan Perkhidmatan dengan lebih lanjut atau untuk membantu dengan permintaan anda.

    Kami juga akan mendedahkan maklumat anda kepada entiti yang berikut, hanya setakat maklumat ini diperlukan bagi menyediakan Perkhidmatan kami:


    • Sekutu: Syarikat Kumpulan Samsung Electronics yang lain yang kami kawal atau miliki. Sekutu juga mungkin termasuk syarikat lain yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan bersama, seperti Samsung SDS dan Cheil Worldwide.
    • Rakan Niaga: Rakan yang bekerja bersama kami untuk menyediakan kepada anda Perkhidmatan yang telah anda minta atau beli. Sebagai contoh, kami mungkin bekerja dengan sebuah bank supaya anda boleh menggunakan salah satu daripada Perkhidmatan kami untuk menjadikan bayaran lebih pantas dan cekap. Rakan niaga ini mengawal dan mengurus maklumat peribadi anda.
    • Pembekal Perkhidmatan: Syarikat yang dipilih dengan teliti yang membekalkan perkhidmatan untuk atau bagi pihak kami, seperti syarikat yang membantu kami dengan pembaikan, pusat perhubungan pelanggan, pusat penebusan, aktiviti penjagaan pelanggan, penganjur acara pelanggan, pengiklanan (termasuk pengiklanan tersuai di tapak web kami, tapak web pihak ketiga atau platform dalam talian), menjalankan tinjauan kepuasan pelanggan, pengebilan atau yang menghantar e-mel bagi pihak kami, melakukan analisis data, atau platform pengurusan data operasi. Pembekal ini juga komited untuk melindungi maklumat anda.
    • Pihak lain apabila Diperlukan oleh Undang-undang atau Diperlukan untuk Melindungi Perkhidmatan Kami: Sebagai contoh, mungkin diperlukan oleh undang-undang, proses perundangan atau perintah mahkamah daripada pihak berkuasa kerajaan untuk mendedahkan maklumat anda. Mereka juga mungkin akan mendapatkan maklumat anda daripada kami bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, keselamatan negara, antikeganasan atau isu lain yang berkaitan dengan keselamatan awam.
    • Pihak Lain Berhubungan dengan Transaksi Korporat: Kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pemindahan, pemerolehan atau penjualan atau sekiranya berlaku kebankrapan.
    • Pihak lain dengan Persetujuan Anda atau atas Arahan Anda: Selain pendedahan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami mungkin akan berkongsi maklumat tentang diri anda dengan pihak ketiga apabila anda memberikan persetujuan secara berasingan atau meminta perkongsian tersebut.
  • Kami memandang serius tentang perlindungan data. Kami telah mengambil langkah fizikal dan teknikal untuk menyimpan maklumat yang kami kumpulkan dengan selamat. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada tapak web, penghantaran Internet, sistem komputer atau sambungan wayarles yang selamat sepenuhnya.

  • Penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami akan melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda di dalam dan di luar Malaysia, khususnya, termasuk, tanpa batasan, negara-negara di Kawasan Ekonomi Eropah, Republik Korea, Amerika Syarikat, China, Singapura, Vietnam, India, Kanada, Filipina, dan Jepun. Harap maklum bahawa undang-undang perlindungan data dan undang-undang lain di negara yang maklumat anda mungkin dipindahkan mungkin tidak selengkap undang-undang di negara anda.


    [Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

    Maklumat peribadi anda merupakan milik anda. Anda boleh meminta kami untuk menyediakan butiran tentang maklumat yang telah kami kumpulkan dan anda boleh meminta kami untuk membuat pembetulan kepada sebarang maklumat yang tidak tepat. Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin mengenakan yuran yang kecil untuk memberi anda kemampuan ini. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan yang berulang-ulang dan tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menjejaskan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, atau akses yang tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan.

    Untuk membuat permintaan berkenaan hak anda atau membuat pertanyaan, sila hubungi kami. Lihat bahagian HUBUNGI KAMI.

  • Maklumat peribadi anda merupakan milik anda. Anda boleh meminta kami untuk menyediakan butiran tentang maklumat yang telah kami kumpulkan dan anda boleh meminta kami untuk membuat pembetulan kepada sebarang maklumat yang tidak tepat. Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin mengenakan yuran yang kecil untuk memberi anda kemampuan ini. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan yang berulang-ulang dan tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menjejaskan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, atau akses yang tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan.


    Untuk membuat permintaan berkenaan hak anda atau membuat pertanyaan, sila hubungi kami. Lihat bahagian HUBUNGI KAMI.


  • Kami tidak akan menyimpan maklumat peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan bagi tujuan maklumat itu dikumpulkan. Ini bermakna bahawa maklumat itu akan ‘anonymized’, dimusnahkan atau dipadamkan daripada sistem kami apabila maklumat itu tidak diperlukan lagi.


    Kami mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan kami memproses dan mengekalkan maklumat tentang anda berdasarkan logik yang berikut:


    1. 1. Sekurang-kurangnya bagi tempoh maklumat tersebut digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda;
    2. 2. Seperti yang diperlukan oleh undang-undang, kontrak atau berhubung dengan kewajipan berkanun kami; atau
    3. 3. Hanya selagi diperlukan bagi tujuan maklumat tersebut dikumpulkan, diproses atau lebih lama jika diperlukan di bawah sebarang kontrak, mengikut undang-undang yang diterima pakai atau bagi tujuan statistik, tertakluk pada langkah keselamatan yang wajar.
  • Sesetengah kandungan, pengiklanan dan fungsi dalam Perkhidmatan kami disediakan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan kuki, beacon, piksel penjejakan dan alat lain untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini. Pihak ketiga ini tidak dikawal secara langsung oleh Samsung, jadi kami menyarankan kepada anda untuk menyemak dasar privasi mereka bagi memahami cara mereka menggunakan data anda. Kami juga mungkin menyediakan kepada anda produk atau perkhidmatan tertentu (misalnya, aplikasi yang tersedia melalui Galaxy Store atau Apps) yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Samsung Electronics tidak bertanggungjawab untuk produk atau perkhidmatan pihak ketiga ini.


    Jika anda memilih untuk menyambungkan Perkhidmatan dengan perkhidmatan rangkaian sosial, kami mungkin menerima dan menyimpan maklumat pengesahan dari perkhidmatan tersebut untuk membolehkan anda log masuk serta maklumat lain yang anda benarkan kami terima. Juga, sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk berhubung dengan perkhidmatan rangkaian sosial pada Produk yang digunakan oleh pengguna lain, pengguna lain mungkin dapat melihat maklumat yang disimpan atau dipaparkan berkaitan dengan akaun anda pada perkhidmatan rangkaian sosial yang anda sambungkan.

  • Kami, serta pihak ketiga tertentu yang menyediakan kandungan, pengiklanan atau fungsi lain dalam Perkhidmatan kami, mungkin akan menggunakan kuki, piksel, beacon dan teknologi lain dalam bidang tertentu Perkhidmatan kami.


    Kuki
    Kuki ialah fail kecil yang menyimpan maklumat pada komputer, TV, telefon mudah alih atau Produk anda yang lain. Kuki membolehkan entiti yang meletakkan kuki tersebut pada Produk anda untuk mengenali anda di pelbagai tapak web, perkhidmatan, Produk dan sesi pelayaran. Kuki mempunyai banyak tujuan yang berguna. Sebagai contoh:


    • Kuki boleh mengingati kelayakan daftar masuk anda supaya anda tidak perlu memasukkan kelayakan tersebut setiap kali anda mendaftar masuk ke sesuatu perkhidmatan.
    • Kuki menjejaki item yang disimpan di dalam keranjang belanja anda.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga memahami bahagian Perkhidmatan kami yang paling popular kerana kuki membantu kami melihat halaman dan ciri yang diakses oleh pelawat dan jumlah masa yang dihabiskan pada halaman tersebut. Pengkajian ke atas maklumat ini membantu kami menyesuaikan Perkhidmatan dan menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga memahami iklan yang telah anda lihat supaya anda tidak akan mendapat iklan yang sama setiap kali anda mengakses sesuatu Perkhidmatan.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga untuk menyediakan kandungan dan iklan yang berkaitan kepada anda dengan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami dan tapak web serta aplikasi lain.

    Anda boleh menguruskan kuki penyemak imbas melalui tetapan penyemak imbas anda. Anda boleh mengetahui bagaimana untuk melakukan ini untuk penyemak imbas anda dengan mengklik "bantuan" pada menu penyemak imbas anda. Sistem pengendalian Produk anda mungkin mengandungi kawalan kuki tambahan. Harap maklum bahawa sesetengah Perkhidmatan direka untuk berfungsi menggunakan kuki, jadi melumpuhkan kuki boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan atau bahagian tertentu Perkhidmatan tersebut.


    Storan Tempatan Lain
    Kami, bersama pihak ketiga tertentu, mungkin akan menggunakan jenis teknologi storan tempatan lain, seperti Local Shared Objects (juga dirujuk sebagai kuki Flash) dan storan tempatan HTML5, berhubung dengan Perkhidmatan kami. Teknologi ini serupa dengan kuki yang dibincangkan di atas. Teknologi ini disimpan pada Produk anda dan boleh digunakan untuk menyimpan maklumat tertentu tentang aktiviti dan keutamaan anda. Walau bagaimanapun, teknologi ini mungkin menggunakan bahagian Produk anda yang berlainan daripada kuki standard, jadi anda mungkin tidak dapat mengawal teknologi tersebut menggunakan alat dan aturan pelayar standard. Untuk mendapatkan maklumat tentang melumpuhkan atau memadam maklumat yang terkandung dalam Local Shared Objects, sila lawati http://helpx.adobe.com/flash-player/kb/disable-local-shared-objects-flash.html.


    Beacon
    Kami, bersama pihak ketiga tertentu, mungkin akan menggunakan teknologi yang dipanggil beacon atau piksel yang menyampaikan maklumat daripada Produk anda ke pelayan. Beacon boleh dibenamkan dalam kandungan dalam talian, video dan e-mel dan boleh membenarkan pelayan untuk membaca jenis maklumat tertentu daripada Produk anda, mengetahui masa anda telah melihat kandungan tertentu atau mesej e-mel tertentu dan menentukan masa dan tarikh anda melihat beacon tersebut dan alamat IP Produk anda. Kami dan pihak ketiga tertentu menggunakan beacon bagi pelbagai tujuan, termasuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami dan bersama kuki, untuk menyediakan kandungan dan iklan yang lebih berkaitan kepada anda.

  • Anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini keutamaan anda, membetulkan maklumat anda, menyerahkan permintaan atau mengajukan soalan kepada kami di.


    Pegawai Perlindungan Data
    Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
    Level 15, Mercu 2, No. 3, Jalan Bangsar,
    KL Eco City,
    59200 Kuala Lumpur
    Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/.

    [Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

    Samsung Electronics mempunyai pejabat di merata Eropah, jadi kami boleh memastikan bahawa permintaan atau pertanyaan anda akan dikendalikan oleh pasukan perlindungan data yang berpangkalan di rantau anda.

    Cara paling mudah untuk menghubungi kami adalah melalui halaman Sokongan Privasi kami di https://www.samsung.com/request-desk.

    Anda juga boleh menghubungi kami di

    European Data Protection Officer
    Samsung Electronics (UK) Limited
    Samsung House, 1000 Hillswood Drive, Chertsey, Surrey KT16 0PS

    Anda boleh membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan jika anda berpendapat bahawa pemprosesan kami bagi maklumat peribadi anda melanggar undang-undang yang diterima pakai. Butiran perhubungan bagi semua pihak berkuasa penyeliaan EU boleh didapati di https://ec.europa.eu/newsroom/article29/item-detail.cfm?item_id=612080.

DASAR PRIVASI SAMSUNG – MAKLUMAT TAMBAHAN TV PINTAR

 Perkhidmatan TV Pintar Samsung menawarkan satu set ciri yang menyediakan kandungan video yang dipertingkatkan, pengalaman TV tersuai, filem, sambungan ke perkhidmatan rangkaian sosial dan keupayaan untuk mengawal dan berinteraksi dengan TV Pintar anda menggunakan perintah suara. Kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan menyimpan maklumat melalui TV Pintar anda dan Produk yang disambungkan dengan TV Pintar anda melalui cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi Samsung. Maklumat tambahan ini memberi butiran tambahan tentang amalan privasi beberapa ciri TV Pintar.

TV Pintar direka untuk membolehkan anda mencari dan mengakses program video dan kandungan lain dengan mudah. Sebagai contoh, anda boleh mengakses maklumat tentang program televisyen siaran langsung yang diedarkan kepada anda oleh pengendali kabel atau satelit anda dan tawaran kandungan video atas permintaan yang diedarkan oleh pembekal kandungan pihak ketiga melalui panduan boleh dicari yang dipaparkan pada TV Pintar anda.

Untuk program televisyen siaran langsung, kami menentukan kandungan yang tersedia kepada anda berdasarkan, sebahagiannya, pada poskod anda. Selain itu, TV Pintar membantu anda mencari dan mengalami kandungan TV Pintar lain yang lebih berkenaan dengan anda, dengan menyerlahkan program dan kandungan yang mungkin menarik minat anda atau menyediakan perkhidmatan tambahan yang akan meningkatkan pengalaman tontonan anda. Kami menyediakan saranan dan perkhidmatan tambahan ini berdasarkan pada:

• Maklumat tentang kandungan yang telah anda tonton, beli, muat turun atau strim melalui aplikasi Samsung pada TV Pintar anda atau Produk lain (Perihal maklumat tontonan TV, sila lihat bahagian “Perkhidmatan Maklumat Tontonan” di bawah);
• Maklumat tentang aplikasi yang telah anda akses melalui TV Pintar;
• Maklumat tentang klik anda pada butang “Suka”, “Tidak Suka”, “Tonton Sekarang” dan butang lain pada TV Pintar anda;
• Istilah pertanyaan yang anda masukkan ke dalam ciri carian TV Pintar, termasuk apabila anda mencari kandungan video tertentu;
• Maklumat Produk dan penggunaan TV Pintar lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP, data log, maklumat yang mengenal pasti konfigurasi perkakasan atau perisian anda, maklumat pelayar dan halaman yang anda minta.

 

Perkhidmatan Maklumat Tontonan
Notis privasi ini harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi Samsung, yang juga diterima pakai bagi penerimaan pengalaman TV Pintar tersuai anda dan boleh didapati di https://account.samsung.com/membership/pp.

Untuk menyediakan pengalaman TV Pintar tersuai kepada anda, beberapa ciri dan perkhidmatan kami akan bergantung pada sejarah tontonan TV dan maklumat penggunaan TV Pintar anda.

Sejarah tontonan TV anda termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada TV Pintar anda dan jumlah masa menonton program tersebut.

Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam maklumat ini. TV Pintar anda memindahkan cebisan video atau maklumat penalaan TV bagi menentukan program yang ditonton.

Anda boleh menukar pilihan privasi anda pada bila-bila masa dengan pergi ke menu aturan untuk melumpuhkan ciri atau perkhidmatan tertentu mengikut budi bicara anda, yang dalam hal sedemikian, sejarah tontonan TV anda tidak akan dikumpulkan lagi bagi ciri atau perkhidmatan tertentu itu.

Penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami akan melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda di luar Malaysia, ke Korea, konsisten dengan dasar ini. Selain itu, penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut juga mungkin melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda ke negara lain; negara tersebut termasuk, tanpa batasan, negara dalam Kawasan Ekonomi Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada.

Harap maklum bahawa undang-undang perlindungan data dan undang-undang lain negara yang maklumat anda mungkin dipindahkan mungkin tidak selengkap undang-undang di negara anda. Kami akan mengambil langkah yang sesuai, sebagai mematuhi undang-undang yang berkenaan, bagi memastikan maklumat peribadi anda terus dilindungi.

 

[Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

Langkah seumpama itu termasuk penggunaan Fasal Kontraktual Standard untuk melindungi pemindahan data di luar EEA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memperoleh salinan perjanjian kontrak yang ada, sila hubungi kami di halaman Sokongan privasi kami (https://www.samsung.com/request-desk).

Harus diingat bahawa pilihan privasi anda mungkin menjejaskan ketersediaan atau kualiti perkhidmatan berdasarkan maklumat tontonan tertentu.

 

Perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat
Perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat (“Perkhidmatan IBA”) direka untuk menyediakan keupayaan bagi memperoleh dan menonton iklan berdasarkan minat yang berguna dan interaktif tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga pada TV Pintar Samsung anda atau pada pelbagai platform atau Produk Samsung atau pihak ketiga, termasuk komersial linear pada web, Produk mudah alih dan tablet.

Untuk menjadikan pengiklanan pada Produk anda lebih berkenaan kepada anda, Perkhidmatan IBA akan bergantung pada sejarah tontonan TV anda (termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada TV Pintar Samsung anda dan jumlah masa menonton program tersebut), maklumat penggunaan TV Pintar Samsung dan data statistik lain yang diperoleh daripada sumber data pihak ketiga yang dipercayai. Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.

Untuk menjadikan pengiklanan pada Produk anda lebih berkenaan kepada anda, Perkhidmatan IBA akan bergantung pada sejarah tontonan TV anda (termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada TV Pintar Samsung anda dan jumlah masa menonton program tersebut), maklumat penggunaan TV Pintar Samsung dan data statistik lain yang diperoleh daripada sumber data pihak ketiga yang dipercayai. Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.Berdasarkan maklumat di atas, kami mencipta kumpulan pemilik TV Pintar Samsung yang berkongsi minat yang sama dan menggunakan kumpulan ini untuk Perkhidmatan IBA. Maklumat di atas digunakan untuk menentukan kumpulan yang dibahagikan kepada TV Pintar Samsung anda dan dengan demikian, iklan yang diterima oleh Produk anda.

Anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan IBA pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan pada TV Pintar Samsung anda.

Harap maklum bahawa pilihan privasi anda berhubung dengan Perkhidmatan IBA tidak akan menjejaskan sama ada anda menerima atau dihidangkan dengan iklan dan pemasaran jenis lain yang tidak berdasarkan sejarah tontonan TV atau maklumat penggunaan TV Pintar Samsung secara khusus atau tidak. Iklan dan pemasaran jenis lain itu akan berdasarkan maklumat lain seperti lokasi secara umum dan maklumat anggaran atau andaian lain. Ini mungkin kurang berkenaan kerana iklan ini bukan berdasarkan minat anda.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Perkhidmatan IBA, sila rujuk Notis Privasi Perkhidmatan IBA di bahagian bawah Maklumat tambahan ini.

 

PSID
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Perkhidmatan IBA, sila rujuk Notis Privasi Perkhidmatan IBA di bahagian bawah Maklumat tambahan ini.Sejarah tontonan TV Pintar anda dan maklumat penggunaan yang dikumpulkan bagi tujuan menyediakan iklan berdasarkan minat akan dipautkan dengan pengecam Produk rawak, tidak berulang-ulang dan boleh ditetapkan semula yang dikenali sebagai ID Perkhidmatan Diperibadikan atau “PSID”.

Anda boleh menetapkan semula PSID anda pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan pada TV Pintar anda dan sebaik sahaja ditetapkan semula, sejarah tontonan TV Pintar dan maklumat penggunaan TV Pintar anda berhubung dengan iklan berdasarkan minat akan dinyahpaut daripada PSID sebelumnya. Harus diingat bahawa jika anda menetapkan semula PSID anda, kualiti iklan berdasarkan minat dan tersuai mungkin tidak ditala dengan baik. 

 

Pengecaman Suara
Anda boleh mengawal TV Pintar anda dan menggunakan banyak ciri pada Produk tersebut dengan perintah suara.

Jika anda membolehkan Pengecaman Suara, anda boleh berinteraksi dengan TV Pintar anda menggunakan suara anda. Untuk menyediakan ciri Pengecaman Suara, perintah suara anda akan dihantar (bersama dengan maklumat tentang Produk anda, termasuk pengecam peranti) kepada kami dan akan menukarkan perintah suara anda kepada teks untuk menyediakan ciri Pengecaman Suara. Selain itu, Samsung mungkin akan mengumpulkan perintah suara dan teks yang dikaitkan supaya kami boleh menilai serta memperbaiki ciri tersebut. Samsung akan mengumpulkan perintah suara anda apabila anda membuat permintaan khusus kepada TV Pintar dengan mengklik butang pengaktifan sama ada pada alat kawalan jauh atau skrin anda atau dengan bercakap perkataan menyuruh bangun (cth. “Hai, Bixby”) dan bercakap ke dalam mikrofon pada alat kawalan jauh atau TV Pintar.

Jika anda tidak mendayakan Pengecaman Suara, maka anda tidak boleh menggunakan ciri pengecaman suara.

Anda boleh melumpuhkan pengumpulan data Pengecaman Suara pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan. Walau bagaimanapun, ini akan menghalang anda daripada menggunakan ciri Pengecaman Suara.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Pengecaman Suara, sila rujuk Notis Privasi Pengecaman Suara di bahagian bawah Maklumat tambahan ini.

 

Pihak Ketiga
Harap maklum bahawa apabila anda menonton video atau mengakses aplikasi atau kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga, pembekal tersebut mungkin akan mengumpulkan atau menerima maklumat tentang TV Pintar anda (cth. alamat IP Produk tersebut dan pengecam peranti), transaksi yang diminta (cth. permintaan anda untuk membeli atau menyewa video) dan penggunaan anda bagi aplikasi atau perkhidmatan tersebut. Samsung tidak bertanggungjawab bagi privasi atau amalan keselamatan pembekal ini. Anda harus berjaga-jaga dan menyemak pernyataan privasi yang berkenaan dengan tapak web dan perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan.

 

Ciri Khusus Negara
Harap maklum bahawa satu atau lebih ciri yang diterangkan dalam Maklumat tambahan TV Pintar ini mungkin tidak tersedia kepada anda, bergantung pada tempat tinggal anda.

 

 

NOTIS PRIVASI PERKHIDMATAN PENGECAMAN SUARA
Tarikh Berkuat kuasa: 30 April 2019

Samsung Electronics serta syarikat sekutunya menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Notis Privasi ini diterima pakai untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan Pengecaman Suara (“Perkhidmatan Suara”).

Perkhidmatan Suara ialah perkhidmatan yang menyediakan keupayaan untuk pengguna mencari dan menonton kandungan serta mengurus dunia mereka melalui produk Samsung dengan hanya menggunakan suara mereka. Ciri ini termasuk pemprosesan bahasa semula jadi dalam carian kandungan dan kawalan TV Pintar Samsung mereka; Internet, cuaca dan yang diharapkan oleh pengguna perkhidmatan lain daripada TV Pintar Samsung mereka.

Bergantung pada bahasa yang anda pilih, anda boleh menggunakan dan menikmati ciri pengecaman suara yang dipertingkatkan, iaitu Bixby. Apabila Bixby diaktifkan, anda boleh mengesahkannya melalui ikon, tajuk rentang atau tanda lain pada skrin TV Pintar Samsung.

Notis Privasi ini menyediakan lagi maklumat khusus tentang cara maklumat peribadi anda digunakan berhubung dengan Perkhidmatan Suara dan harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi Samsung, yang juga berkenaan dengan penerimaan anda bagi Perkhidmatan Suara tersebut dan boleh didapati di https://account.samsung.com/membership/pp.

Dalam Notis Privasi ini, kami menerangkan jenis maklumat yang dikumpulkan melalui Perkhidmatan Suara, cara kami mungkin menggunakan maklumat tersebut dan pilihan yang ada kepada anda mengenai penggunaan kami bagi maklumat tersebut. Samsung Electronics ialah pengawal data bagi pemprosesan maklumat peribadi.

 

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN?
Melalui Perkhidmatan Suara, kami mungkin memperoleh maklumat tentang diri anda dengan pelbagai cara. Jenis maklumat peribadi yang kami peroleh termasuk:

Maklumat Samsung Account (Pilihan). Apabila anda log masuk ke Samsung account pada TV Pintar anda, kami mungkin mengumpulkan maklumat yang dikaitkan dengan Samsung account anda yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan Suara, seperti nama, alamat e-mel dan ID Samsung account anda.

Interaksi Perkhidmatan Suara. Kami mungkin mengumpulkan maklumat yang anda kongsikan dengan Perkhidmatan Suara melalui interaksi anda dengan Perkhidmatan tersebut, termasuk rakaman perintah suara anda (seperti soalan, permintaan dan arahan anda), gambar anda, interaksi sentuhan anda dan input lain serta maklumat yang anda terima daripada Perkhidmatan itu (seperti respons, jawapan dan kandungan). Kami juga mungkin akan memperoleh maklumat lain yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan Suara anda, termasuk maklumat (seperti maklumat yang berkaitan dengan aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati dan entri kalendar, penanda buku dan kandungan serta data daripada aplikasi, tapak web dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga yang lain) yang kami terima daripada aplikasi dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga yang lain yang diakses atau digunakan oleh Perkhidmatan Suara untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut (seperti penstriman muzik dan cuaca) kepada anda.

Data Geolokasi. Kami mungkin menerima geolokasi Produk anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan lokasi anda melalui maklumat poskod yang disimpan pada TV yang boleh diperoleh melalui alamat IP anda atau melalui input anda bagi tujuan tertentu, seperti menyediakan Perkhidmatan kepada anda.

Maklumat Produk dan Aplikasi. Kami mungkin mengumpulkan maklumat melalui kaedah automatik tentang Produk yang Perkhidmatan Suara anda, seperti model peranti, versi OS, konfigurasi dan aturan peranti, alamat IP dan pengecam Produk serta pengecam unik lain. Selain itu, kami mungkin memperoleh maklumat tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan Produk didayai Perkhidmatan Suara anda, termasuk penggunaan Perkhidmatan Suara serta aplikasi dan perkhidmatan Samsung dan pihak ketiga pada Produk tersebut (seperti senarai aplikasi pada Produk anda, muzik yang dimainkan pada Produk anda, tapak web yang anda lawati dan carian yang anda lakukan).

 

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?
Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami peroleh melalui Perkhidmatan Suara tersebut untuk:

• menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda, seperti memberi respons kepada permintaan, soalan dan arahan anda yang dibuat melalui Perkhidmatan Suara;
• mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda dapat menggunakan Perkhidmatan Suara;
• memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda dengan Perkhidmatan Suara, seperti menghantar kandungan dan respons yang disesuaikan dengan pengguna kami dan cara mereka berinteraksi dengan Perkhidmatan Suara;
• dengan persetujuan berasingan anda, berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan anda dengan pemberitahuan, kandungan, peringatan, tawaran, promosi, maklumat pemasaran, komunikasi dan iklan;
• memberi respons kepada permintaan dan pertanyaan anda;
• mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk membangunkan produk baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami; mengurus komunikasi kami; menganalisis produk, asas pelanggan dan perkhidmatan kami; menjalankan penyelidikan pasaran; melakukan analisis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);
• membolehkan anda berinteraksi dan menggunakan aplikasi serta perkhidmatan pihak ketiga tertentu;
• melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain; dan
• mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan dan dasar kami, termasuk Notis Privasi ini, Dasar Privasi Samsung account.

Melalui Perkhidmatan Suara, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang aktiviti dalam talian anda pada Produk yang mendayai Perkhidmatan Suara dari semasa ke semasa dan merentas aplikasi, tapak web pihak ketiga dan perkhidmatan dalam talian lain. Kami mungkin akan menggunakan perkhidmatan analisis pihak ketiga lain pada Perkhidmatan kami. Pembekal yang mentadbir perkhidmatan analitis ini membantu kami menganalisis penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut. Maklumat yang kami peroleh mungkin akan didedahkan atau dikumpulkan secara langsung oleh pembekal ini dan pihak ketiga lain yang berkenaan, yang menggunakan maklumat tersebut, sebagai contoh, untuk menilai penggunaan Perkhidmatan tersebut, membantu menyediakan Perkhidmatan tersebut dan mendiagnosis isu teknikal.

Samsung memproses maklumat peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. Asas undang-undang Samsung untuk memproses maklumat peribadi termasuk pemprosesan yang: perlu bagi melaksanakan kontrak antara anda dengan Samsung (sebagai contoh, untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda dan untuk mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda boleh menggunakan Perkhidmatan tertentu); perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang (sebagai contoh, untuk mematuhi peraturan perakaunan yang berkenaan dan membuat pendedahan wajib kepada penguatkuasaan undang-undang); perlu bagi kepentingan Samsung yang sah (sebagai contoh, untuk mengurus hubungan kami dengan anda dan memperbaiki Perkhidmatan tersebut); dan berdasarkan persetujuan oleh pelanggan kami (sebagai contoh, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan maklumat pemasaran kepada anda), yang mungkin boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian HUBUNGI KAMI Dasar Privasi Samsung tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik.

Anda diperlukan, sebagai satu keperluan untuk memeterai kontrak bagi menyediakan maklumat peribadi kepada kami untuk pemprosesan seperti yang diterangkan di atas. Jika anda tidak menyediakan maklumat peribadi kepada kami, maka kami tidak boleh menyediakan semua ciri yang tersedia melalui Perkhidmatan Suara kepada anda.

 

PILIHAN ANDA
Anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan Suara pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan, walau bagaimanapun, tindakan ini mungkin akan menghalang anda daripada menggunakan Perkhidmatan Suara.

Kami juga menawarkan kepada anda pilihan tertentu berhubung dengan maklumat peribadi yang kami peroleh tentang anda. Untuk mengemas kini keutamaan anda, mengehadkan komunikasi yang anda terima daripada kami atau menyerahkan permintaan, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian HUBUNGI KAMI Dasar Privasi Samsung.

 

KEMAS KINI KEPADA NOTIS PRIVASI KAMI
Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Perkhidmatan tersebut atau perubahan pada undang-undang yang berkenaan. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami dan/atau Produk anda untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan penting pada Notis Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas notis tersebut kali terakhir notis itu dikemas kini.

 

NOTIS PRIVASI PERKHIDMATAN IKLAN BERDASARKAN MINAT
Tarikh Berkuat kuasa: 30 April 2019

Samsung Electronics serta syarikat sekutunya menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Notis Privasi ini diterima pakai untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan Iklan Berdasarkan Minat (“Perkhidmatan IBA”).

Notis Privasi ini menyediakan lagi maklumat khusus tentang cara maklumat peribadi anda digunakan berhubung dengan Perkhidmatan IBA dan harus dibaca bersama dengan Dasar Privasi Global Samsung, yang juga berkenaan dengan penerimaan anda bagi Perkhidmatan IBA tersebut dan boleh didapati di https://account.samsung.com/membership/pp.

Dalam Notis Privasi ini, kami menerangkan jenis maklumat yang digunakan melalui Iklan Berdasarkan Minat, cara kami menggunakan maklumat tersebut dan pilihan yang ada kepada anda mengenai penggunaan kami bagi maklumat tersebut dan pelaksanaan hak anda. Samsung Electronics ialah pengawal data bagi pemprosesan maklumat peribadi.

 

APAKAH ITU PERKHIDMATAN IBA?
Perkhidmatan IBA direka untuk menyediakan keupayaan bagi memperoleh dan menonton iklan berdasarkan minat yang berguna dan interaktif tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga pada TV Pintar Samsung anda atau pada pelbagai platform atau Produk Samsung atau pihak ketiga, termasuk komersial linear pada web, Produk mudah alih dan tablet.

Untuk menjadikan pengiklanan pada Produk anda lebih berkenaan kepada anda, Perkhidmatan IBA akan bergantung pada sejarah tontonan TV anda (termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada TV Pintar Samsung anda dan jumlah masa menonton program tersebut), maklumat penggunaan TV Pintar Samsung dan data statistik lain yang diperoleh daripada sumber data pihak ketiga yang dipercayai. Kami mungkin menggunakan pengecaman kandungan automatik (ACR) dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.

Berdasarkan maklumat di atas, kami mencipta kumpulan pemilik TV Pintar Samsung yang berkongsi minat yang sama dan menggunakan kumpulan ini untuk Perkhidmatan IBA. Maklumat di atas digunakan untuk menentukan kumpulan yang dibahagikan kepada TV Pintar Samsung anda dan dengan demikian, iklan yang diterima oleh Produk anda.

 

PSID
Maklumat tentang penggunaan Produk mudah alih anda yang dikumpulkan bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan IBA akan dipautkan dengan pengecam Produk rawak, tidak berulang-ulang dan boleh ditetapkan semula yang dikenali sebagai PSID. Anda boleh menetapkan semula PSID anda seperti yang dinyatakan dalam bahagian PILIHAN ANDA Notis Privasi ini.

 

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN?
Melalui Perkhidmatan IBA, kami memperoleh maklumat tentang Produk anda dengan pelbagai cara. Jenis maklumat yang kami peroleh termasuk:

Maklumat Peranti. Kami mengumpulkan maklumat seperti model peranti, versi sistem operasi, konfigurasi dan aturan peranti, alamat IP, pengecam Produk anda serta pengecam lain.
Maklumat Penggunaan dan Log Peranti. Kami mengumpul maklumat tentang cara, masa dan tempoh anda menggunakan Produk anda, termasuk interaksi anda dengan Perkhidmatan IBA dan Samsung serta aplikasi dan perkhidmatan Samsung serta pihak ketiga pada Produk tersebut (seperti penyenaraian aplikasi pada Produk anda).
Maklumat Tontonan. Kami mengumpulkan sejarah tontonan TV anda. Sejarah tontonan TV anda termasuk maklumat tentang rangkaian, saluran, tapak web yang dilawati dan program yang ditonton pada TV Pintar Samsung anda dan jumlah masa menonton program tersebut. Kami mungkin menggunakan ACR dan teknologi lain untuk merakam sejarah tontonan TV anda.
Maklumat Statistik. Kami mungkin akan menggunakan maklumat statistik tentang anda atau Produk anda seperti lokasi secara umum dan kumpulan usia yang dianggarkan. Kami memperoleh maklumat statistik ini daripada sumber yang tersedia secara komersil (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang) seperti pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami. Kami bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang hanya memastikan maklumat ini telah diperoleh mengikut undang-undang yang diterima pakai dan boleh disediakan kepada kami untuk penggunaan dan pendedahan.

Pelayan Samsung mungkin akan menerima maklumat semasa anda berinteraksi dengan Perkhidmatan IBA, seperti maklumat tentang interaksi anda dengan Perkhidmatan IBA, geolokasi anda dan Produk yang anda gunakan untuk menerima Perkhidmatan IBA tersebut.

 

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?
Kami menggunakan maklumat yang kami peroleh melalui Perkhidmatan IBA untuk:

• menyediakan Perkhidmatan IBA kepada anda;
• menambah baik dan menyesuaikan pengalaman anda dengan Perkhidmatan IBA;
• dengan persetujuan berasingan anda, untuk berkomunikasi dengan anda melalui e-mel dan pemberitahuan tolak tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan pihak ketiga yang disesuaikan dengan minat anda;
• memberi respons kepada permintaan dan pertanyaan anda;
• mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk membangunkan produk baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami; mengurus komunikasi kami; menganalisis produk, asas pelanggan dan perkhidmatan kami; menjalankan penyelidikan pasaran; melakukan analisis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);
• melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain; dan
• mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan dan dasar kami, termasuk Notis Privasi ini, Dasar Privasi Samsung account.

Samsung Electronics memproses maklumat peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. Asas undang-undang Samsung untuk memproses maklumat peribadi termasuk pemprosesan yang: perlu bagi melaksanakan kontrak antara anda dengan Samsung (sebagai contoh, untuk menyediakan Perkhidmatan IBA kepada anda dan untuk mengenal pasti dan mengesahkan anda supaya anda boleh menggunakan Perkhidmatan tertentu); perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang (sebagai contoh, untuk mematuhi peraturan perakaunan yang berkenaan dan membuat pendedahan wajib kepada penguatkuasaan undang-undang); perlu bagi kepentingan Samsung yang sah (sebagai contoh, untuk mengurus hubungan kami dengan anda dan memperbaiki Perkhidmatan IBA); dan berdasarkan persetujuan oleh pelanggan kami (sebagai contoh, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan anda dengan maklumat pemasaran), yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan seperti yang dinyatakan dalam bahagian PILIHAN ANDA Notis Privasi ini tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik.

Anda diperlukan, sebagai satu keperluan untuk menerima Perkhidmatan IBA, bagi menyediakan maklumat peribadi kepada kami untuk pemprosesan seperti yang diterangkan di atas. Jika anda tidak menyediakan maklumat peribadi kepada kami, maka kami tidak boleh menyediakan semua ciri yang tersedia melalui Perkhidmatan IBA kepada anda.

 

PILIHAN ANDA
Anda boleh menetapkan semula PSID anda pada bila-bila masa dengan melawati menu aturan dan sebaik sahaja ditetapkan semula, sejarah tontonan TV dan maklumat penggunaan TV Pintar anda akan dinyahpaut daripada PSID sebelumnya. Harus diingat bahawa jika anda menetapkan semula PSID anda, kualiti Perkhidmatan IBA mungkin akan terjejas.

Selain itu, anda boleh melumpuhkan Perkhidmatan IBA pada bila-bila masa dengan melawati menu Aturan pada TV Pintar Samsung anda.

Harap maklum bahawa pilihan privasi anda berhubung dengan Perkhidmatan IBA tidak akan menjejaskan sama ada anda menerima atau dihidangkan dengan iklan dan pemasaran jenis lain yang tidak berdasarkan sejarah tontonan TV atau maklumat penggunaan TV Pintar Samsung secara khusus atau tidak. Iklan dan pemasaran jenis lain itu akan berdasarkan maklumat lain seperti lokasi secara umum dan maklumat anggaran atau andaian lain. Ini mungkin kurang berkenaan kerana iklan ini bukan berdasarkan minat anda.

 

KEMAS KINI KEPADA NOTIS PRIVASI KAMI
Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Perkhidmatan IBA tersebut atau perubahan pada undang-undang yang diterima pakai. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami dan/atau Produk anda untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan penting pada Notis Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas notis tersebut kali terakhir notis itu dikemas kini.